web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Idea Hasilkan ‘Mencuri Raden Saleh’ Tercetus Di Sebuah Galeri Lukisan - Pengarah

Angga menambah filem ini mengisahkan cabaran yang dihadapi golongan gen-Z yang begitu mudah terjerat dalam sindiket penipuan golongan ‘elit’ yang berkuasa.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 8:00PM

Barisan pelakon 'Mencuri Raden Saleh'.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem Mencuri Raden Saleh, Angga Dwimas Sasongko mengakui mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyempurnakan proses pembikinan filem berkonsep heist itu bermula dengan penulisan sehinggalah kepada  aspek penerbitan.

“Sebenarnya, idea bagi filem ini tercetus ketika saya melihat dua lukisan karya Raden Saleh di sebuah galeri di ibu kota Jakarta yang ia tidak dijaga dalam keadaan baik serta senang untuk dicuri.

“Jadi dari situ bermula kisah Mencuri Raden Saleh dan, saya akui memang susah untuk menghabiskan skrip filem ini yang sesuai dengan cita rasa penonton masyarakat Indonesia,” katanya yang juga merangkap Penerbit Eksekutif lakon layar, idea asal Mencuri Raden Saleh.

Angga juga berkata, filem ini turut mengisahkan cabaran yang dihadapi golongan gen-Z yang begitu mudah terjerat dalam sindiket penipuan golongan ‘elit’ yang berkuasa.

“Ia mengisahkan konspirasi berkenaan anak-anak muda yang begitu mudah terjerat dalam penipuan golongan berkuasa. Ia sebuah filem tentang kritikan sosial.

“Namun apa yang penting, filem ini memaparkan kisah benar di sebalik lukisan Raden Saleh iaitu ‘pengkhianatan’ dan elemen tersebut turut diangkat di dalam filem,” katanya lagi.

Angga juga berkata, banyak babak-babak aksi mencabar dan mendebarkan yang dipaparkan di dalam filem ini.

“Kebanyakan aksi-aksi kejar mengejar yang ikonik dan aksi-aksi memandu dalam keadaan secara berbahaya dilakonkan oleh watak masing-masing.

“Ia benar-benar di luar jangkaan saya, malah ada babak yang saya sendiri kagum dengan lakonan mereka.

“Malah sebanyak 20 buah kereta telah dimusnahkan dalam babak aksi kejar-mengejar dengan polis.

“Dalam satu babak yang menampilkan kesesakan jalan raya di pusat Jakarta yang sebenar, sebanyak 100 kenderaan di bawa ke lokasi penggambaran tersebut,” ujar Angga.

Sudah ditayangkan di Indonesia sejak 25 Ogos 2022 lalu, Mencuri Raden Saleh yang diterajui oleh pelakon muda Iqbaal Ramadhan dan Aghniny Haque, berjaya meraih kutipan 1.2 Juta  penonton di republik itu dalam tempoh kurang satu minggu tayangan.

Mengesahkan perkembangan ini, Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Raja Jastina Raja Arshad, berkata filem arahan sutradara Angga Dwimas Sasongko itu mendapat sambutan hebat bukan hanya pada jalan cerita yang segar dan sarat dengan aksi mendebarkan, tetapi turut mengetengahkan kisah golongan gen-Z yang dijayakan barisan pelakon muda yang telah mengukir nama menerusi filem-filem box office di Indonesia.

“Kami rasa amat teruja berpeluang berkolaborasi serta bertukar idea kreatif dengan pengarah filem aksi heist dan penerbit hebat ini.

“Kami percaya bahawa usaha sama sebegini adalah langkah untuk industri terus maju ke hadapan mengangkat filem ke persada dunia yang lebih mampan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Mencuri Raden Saleh yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.

Mencuri Raden Saleh adalah terbitan Visinema Pictures, Jagartha, Blibli dengan kerjasama Astro Shaw.

Ia mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa.

Namun misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru itu mereka nekad untuk membalas dendan dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.

Iqbal Ramadhan melakonkan watak utama (Piko) sebagai pelukis dan juga teman lelaki kepada Sarah lakonan Aghniny Haque yang merupakan The Brute.

Turut membintangi filem ini adalah Angga Yunanda, Rachel Amanda, Ari Irham dan Umay Shahab dan ramai lagi.

Mencuri Raden Saleh akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 22 September ini. - Getaran, 15 September 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Apa Yang Malaysia Boleh Belajar dari Mencuri Raden Saleh?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara