web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hukum Jerawat Pecah Ketika Solat

Darah atau nanah dari jerawat merupakan najis mutawassitah yang boleh membatalkan solat namun ia berdasarkan kadar kuantiti cecair tersebut terkeluar.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 12:04PM

Bagaimana pula dengan seseorang yang menghadapi situasi jerawat dimuka pecah ketika solat? Apakah solatnya masih sah? - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai Muslim, kita pasti didedahkan dengan pengetahuan dan pendidikan asas tentang syarat sah solat. Antara yang menjadi penekanan ialah memastikan badan, pakaian dan tempat solat sentiasa berada dalam keadaan bersih serta suci daripada najis.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

Maksudnya : “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” Surah Al-Muddathir (4)

Namun bagaimana pula dengan seseorang yang menghadapi situasi jerawat dimuka pecah ketika solat? Apakah solatnya masih sah? Umum mengetahui bahawa darah atau nanah dari jerawat tersebut merupakan najis mutawassitah yang boleh membatalkan solat.

Sebagai manusia biasa, individu yang alami situasi sebegini rupa pasti faham betapa sukarnya untuk mengawal jerawat daripada ia pecah dengan sendiri - Gambar Hiasan
Sebagai manusia biasa, individu yang alami situasi sebegini rupa pasti faham betapa sukarnya untuk mengawal jerawat daripada ia pecah dengan sendiri - Gambar Hiasan

Sebagai manusia biasa, individu yang alami situasi sebegini rupa pasti faham betapa sukarnya untuk mengawal jerawat daripada ia pecah dengan sendiri. Jika situasi ini berlaku kepada anda, usah bimbang. 

Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, dijelaskan bahawa situasi tersebut perlu dilihat dan dinilai melalui kadar cecair nanah jerawat yang mengalir keluar. Ini kerana jika cecair tersebut keluar dengan sedikit, ia termasuk dalam perkara yang boleh dimaafkan.

Perkara ini berdasarkan rujukan dari kitab fiqh mazhab Syafi'i yang menerangkan:

(وَالدَّمَامِيلُ وَالْقُرُوحُ وَمَوْضِعُ الْفَصْدِ وَالْحِجَامَةِ قِيلَ كَالْبَثَرَاتِ) فَيُعْفَى عَنْ دَمِهَا قَلِيلِهِ وَكَثِيرِهِ مَا لَمْ يَكُنْ بِعَصْرِهِ فَيُعْفَى عَنْ قَلِيلِهِ فَقَطْ

Maksudnya: “Bisul, luka, tempat suntik dan bekam menurut pendapat yang lain seperti jerawat. Maka dimaafkan darahnya yang sedikit dan banyaknya tidak memicitnya, maka dimaafkan hanya keluarnya sedikit  sahaja” 

(Rujuk Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj wa hawasyi al-Syarwani wa ‘Ibadi 2/134)

Jika jerawat pecah dengan kritikal sehingga cecair nanah tersebut mengalir keluar dengan banyak, barulah jatuh hukum batal pada solat anda - Gambar hiasan Pexels
Jika jerawat pecah dengan kritikal sehingga cecair nanah tersebut mengalir keluar dengan banyak, barulah jatuh hukum batal pada solat anda - Gambar hiasan Pexels

Cecair tersebut termasuk darah yang sedikit dan tidak mengalir akibat daripada serangga yang terkena pada pakaian, badan atau tempat solat, adalah dimaafkan

Sebaliknya, jika jerawat itu pecah dengan kritikal sehingga cecair nanah tersebut mengalir keluar dengan banyak, barulah jatuh hukum batal pada solat anda. 

Selain itu, perlu ingat bahawa kadar penentuan kuantiti nanah itu berdasarkan pandangan kebiasaan adat masyarakat, iaitu padangan orang atau jemaah sekeliling. 

Menurut Imam al-Nawawi, beliau tidak meletakkan kadar ukuran khusus melainkan menyatakan bilangan banyaknya darah tersebut ditentukan masyarakat sekeliling.

وَعَنْ قَلِيلِ دَمِ الْبَرَاغِيثِ، وَوَنِيمِ الذُّبَابِ،وَالْأَصَحُّ لَا يُعْفَى عَنْ كَثِيرِهِ، وَلَا قَلِيلٍ انْتَشَرَ بِعَرَقٍ وَتُعْرَفُ الْكَثْرَةُ بِالْعَادَةِ. قُلْت: الْأَصَحُّ عِنْدَ الْمُحَقِّقِينَ الْعَفْوُ مُطْلَقًا

“Dimaafkan darah yang sedikit daripada kutu, najis lalat.  Menurut pendapat yang paling sahih tidak dimaafkan yang banyak dan tidak sedikit yang tersebar dengan peluh. 

“Kadar mengetahui banyak itu ditentukan pada kebiasaan adat. Menurut pendapatku (al-Nawawi) yang paling sahih berdasarkan pendapat para muhakkik ulama (peneliti) adalah dimaafkan semata-mata.”

(Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahya ad-din Yayha. (2005) Minhaj al-Thalibin wa Umdatun Muftin fi Fiqh: Dar al-Fikr. 32)

Rumusannya di sini, jika jerawat muka seseorang itu pecah dan kuantiti nanah yang keluar biasanya tidak banyak ketika sedang menunaikan solat, makai ia dimaafkan dan tidak perlu mengulangi solat tersebut. - Getaran, 14 Mei 2023

Sumber: Jabatan Mufti WIlayah Persekutuan

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

13 May 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Arwah Jaafar Onn Sering Ingatkan Mengenai Solat

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Tiada Isu, Pernikahan Sabri Yunus - Ardini Sah Mengikut Syarak

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dinding Ibu Pejabat PAS Dibaling Batu, Polis Sedang Kenal Pasti Suspek

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara