web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Bersedia! KTM Bakal Memulakan Operasi Kereta Api Enjin Stim Tahun Depan Yang Cukup Klasik Dan Menggamit Memori 

KTM dan Great Leisure Sdn Bhd telah mengadakan kerjasama pintar untuk mewujudkan serta memulakan operasi kereta api enjin stim pada Januari tahun depan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 2:14PM

Nampak klasik, namun di dalamnya cukup eksklusif dan mewah. - Gambar ihsan Facebook KTM Berhad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda pernah menonton filem Harry Potter, pasti anda mengetahui kenderaan yang dinaiki oleh pelajar-pelajar untuk ke Hogwart (sekolah) adalah kereta api yang memiliki corong asap di bahagian atas gerabak pemandu iaitu kereta api enjin stim.

Nampak klasik, namun di dalamnya cukup eksklusif dan mewah.

Baru-baru ini, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Great Leisure Sdn Bhd telah mengadakan kerjasama pintar untuk mewujudkan serta memulakan kembali operasi kereta api enjin stim bermula Januari tahun depan.

Pengumuman ini merupakan inisiatif Tourism Heritage Steam Locomotive Train bagi menarik minat pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati serta mengalami pengalaman melihat keindahan alam di sepanjang laluan landasan kereta api.

Bagaimanapun, kereta api yang dikuasakan enjin stim ini pastinya memiliki kelajuan yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan perkhidmatan kereta api laju (ETS).

Namun, ia sesuai untuk penumpang yang ingin bersantai dan menikmati suasana pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Ia juga dapat mendedahkan semula sejarah dan nostalgia lama kereta api klasik ini kepada generasi muda. 

Gambar ihsan Facebook KTM Berhad
Gambar ihsan Facebook KTM Berhad

Selain itu, buat pasangan yang ingin merakamkan detik-detik percintaan romantis yang berbeza, anda boleh menjadikan kereta api berkenaan sebagai lokasi untuk sebarang majlis termasuk majlis perkahwinan.

Bahkan ia mempunyai ruang terbuka (open deck) yang dikhususkan untuk majlis istimewa tersebut.

Maka, ia bukanlah semata-mata berfungsi sebagai mod pengangkutan ke destinasi pelancongan sahaja. Jadi apa tunggu lagi, rancanglah dari sekarang!

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Korporat KTMB, Mohamed Suhaimi Yaacob berkata, perkhidmatan terbaharu itu bakal menjanjikan pengalaman unik kepada penumpang di laluan antara Gemas, Negeri Sembilan hingga ke Tumpat, Kelantan.

Buat masa ini, stesen Kuala Lumpur dan stesen Butterworth bakal menjadi destinasi permulaan perkhidmatan kereta api enjin stim itu sebelum diperluaskan ke lokasi lain.

Sementara Pengarah Urusan Great Leisure, Datuk Dzulfadly Abdullah pula menjelaskan, hiasan dalaman kereta api tersebut dihasilkan melalui ukiran asli anak seni tempatan.

Malah rekaan kerusi penumpang diinspirasikan daripada filem-filem dan lagu-lagu  seniman Tan Sri  P. Ramlee dan seniwati Puan Sri Saloma.

“Hiasan dalaman koc penumpang itu menggunakan sepenuhnya hasil kerja tangan ukiran anak tempatan yang ketika ini telah siap kira-kira 70 peratus. 

“Kerusi penumpang pula akan dipasang dengan rekaan yang diinspirasikan oleh syarikat tempatan mengikut konsep seniman P. Ramlee dan seniwati Saloma,” jelasnya. - Getaran, 20 Mei 2023 

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

20 May 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 10 bulan yang lalu

Pasar Jalan Pasola Kembalikan Nostalgia Melayu Klasik

2

TARA 1 tahun yang lalu

5 Kereta Api Tidur Terbaik Di Dunia Untuk Inspirasi Pengembaraan 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penumpang Jatuh Atas Landasan Kereta Api Di Woodlands, Telah Dibawa Ke Hospital - KTMB

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Pemimpin Asing Ucap Takziah, Angka Kematian Tragedi Kereta Api India Hampir 300

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia