web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dengarkan Karya Hans Zimmer Untuk Find X3 Pro

Hans Zimmer mengarang lagu tema #ColourfulFuture untuk produk terbaharu OPPO.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penata muzik, penerbit dan komposer terkenal asal Jerman, Hans Zimmer berkolaborasi dengan jenama telefon bimbit teroshor OPPO bagi menghasilkan lagu tema dan runut bunyi #ColourfulFuture sempena pelancaran telefon OPPO Find X3 Pro. 

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Hans Zimmer telah mengarang lebih dari 200 projek muzik di semua platform dan jika digabungkan ia menjana lebih daripada 28 bilion Dollar Amerika di seluruh dunia.

Zimmer juga sudah pun menyandang pelbagai anugerah berprestij seperti Academy Awards, Golden Globe, Grammy, Tony Awards dan American Music Awards. 

Karya-karyanya yang terkenal termasuk untuk filem-filem pecah panggung seperti 'Gladiator', 'The Dark Knight Trilogy', 'Inception', 'The Last Samurai', '12 Years A Slave', 'Blade Runner' dan 'Dunkirk'.

 

Pada 2019, Zimmer mencetak semula muziknya untuk filem aksi 'The Lion King', di mana dia mendapat pencalonan Grammy untuk kategori ‘Skor Terbaik untuk Media Visual’. 

Zimmer juga turut menghasilkan muzik dan runut bunyi untuk filem-filem Hollywood keluaran 2020/21 seperti 'Wonder Woman 1984', 'Bond: No Time To Die', 'Top Gun' dan 'The Spongebob Movie'.

Baru-baru ini, Zimmer baru sahaja menyelesaikan Hans Zimmer LIVE, sebuah konsert jelajah langsung di seluruh dunia.

Dengan sentuhan tangan muzik ajaib Zimmer, OPPO berhasrat untuk menghadirkan pengalaman audio yang luar biasa, yang belum pernah ada sebelumnya, terus kepada pengguna setia. 

Mainkan video di bawah dan sedia terpesona mendengar magis karya Hans Zimmer untuk runut bunyi – The Colourful Future untuk OPPO Find X3 Pro. – Getaran, 20 April 2021

Semua gambar ihsan Oppo Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN