web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


EvoAir: Menukar Haba Kepada Udara Sejuk

WKL group lancar sistem penyaman udara mesra alam pertama di dunia yang menukar pembaziran haba panas kepada udara sejuk.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika warga dunia sedang menyambut Hari Bumi di tengah penularan wabak COVID-19, isu pemanasan global kekal menjadi cabaran utama. Kita berdepan situasi di mana terlalu banyak haba terperangkap di atmosfera sehinggakan suhu Bumi meningkat dengan mendadak. 

Bagi negara yang berada di garisan Khatulistiwa seperti Malaysia, semakin ramai antara kita menggunakan penyaman udara untuk mengatasi permasalahan haba panas ini. Apabila suhu semasa meningkat, kebergantungan kita terhadap penyaman udara juga turut meningkat. 

Ini membawa kepada kelemahan yang nyata. Penyaman udara konvensional melepaskan kira-kira 55 celsius sisa haba panas ke atmosfera. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, dianggarkan sebanyak 1.9 bilion unit penyaman udara digunakan di seluruh dunia pada 2020. 

Ia dijangka meningkat tiga kali ganda sebanyak 5.6 bilion unit pada 2050. Dengan kata lain, sebanyak 10 penyaman udara baharu akan terjual setiap saat untuk 30 tahun akan datang. Bayangkan jumlah sisa haba panas yang akan dilepaskan ke atmosfera Bumi kita?


Justeru, WKL Group mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan EvoAir iaitu penyaman udara mesra alam pertama di dunia yang menukarkan sisa haba panas buangan yang dikeluarkan oleh peluwap (condenser) kepada udara sejuk. 

Dengan itu, proses ini mengubah peluwap unit luaran itu tadi menjadi unit penyejuk tambahan yang turut berfungsi seperti penghawa dingin. Pengguna boleh memilih untuk meletakkan peluwap mereka di taman mini, balkoni atau dapur bagi mendapatkan udara dingin tambahan. 

Sememangnya EvoAir direkacipta untuk mentakrifkan semula sistem penyaman udara, “Perubahan iklim adalah masalah serius dan kami berikrar akan memberi sumbangan positif untuk memulihkan Bumi kita,” ucap Dr Low Wai Koon, pengasas dan Ketua Pegawai Operasi WKL Group. 

Sejak 12 tahun lalu, Dr Low telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan inovasi yang berterusan ke atas sistem penyaman udara mesra alam. Penemuannya menyumbang ke arah gaya hidup yang lebih hijau, sambil memberi sumbangan positif terhadap pemuliharaan planet ini.

Menerusi penyaman udara konvensional, peluwap memindahkan haba dari dalam rumah dengan mengeluarkan sisa haba pada suhu ± 55 celsius dan kelembapan ± 20% ke udara. Ia memberi kesan bahaya kepada manusia dan menyumbang kepada masalah alam seperti pemanasan global.

Peluwap EvoAir dicipta untuk melepaskan udara yang lebih sejuk dan lembap pada suhu suhu ± 25 celsius dan kelembapan ± 58% ke udara di persekitaran luar. Ia sesuai dan optimum untuk dinikmati manusia serta makhluk hidup lain seperti haiwan dan pokok, di samping memberi sumbangan positif ke arah kelestarian dan kelangsungan planet Bumi kita yang tercinta ini. 

Layari EvoAir.com untuk maklumat lanjut. – Getaran, 28 April 2021

Semua gambar: EvoAir Manufacturing 

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Resah Penghidap Asma Ketika Pencemaran Udara Semakin Memburuk

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Cerun Ski Pertama Di Malaysia Dan Kolam Laut Mati, Dua Tarikan Terbaharu Escape Penang

3

TARA 2 tahun yang lalu

Alena Murang: Ini Identiti Saya

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Gyeongsangbuk-Do Dipromosi Sebagai Destinasi Pelancongan Di Korea Selatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 20 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN