web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mesin Ladang Dijana AI, Hasil Kolaborasi BoomGrow Dan CelcomDigi

Penyepaduan teknologi 5G dengan AI dan XR boleh mendorong kepada peningkatan hasil pertanian dan kecekapan keseluruhan sumber.

Teknovasi Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2024 12:02PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BoomGrow Productions Sdn Bhd (BoomGrow) dan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) baru-baru ini mengumumkan perkongsian strategik untuk mentransformasikan industri pertanian negara menerusi penyepaduan ketersambungan 5G, kecerdasan buatan (AI) dan realiti lanjutan (XR) dengan kejituan teknologi pertanian.

Kolaborasi ini merupakan langkah maju ke hadapan yang penting di dalam mengguna pakai teknologi maju untuk meningkatkan kelestarian amalan pertanian dan pengeluaran makanan di Malaysia.

Di bawah perkongsian ini, CelcomDigi menyediakan ketersambungan 5G, disokong oleh ZTE, untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan Ladang Mesin BoomGrow.

Penyepaduan teknologi 5G dengan AI dan XR membolehkan pemantauan masa sebenar, kawalan tepat persekitaran ladang dan analitik unjuran, yang boleh mendorong kepada peningkatan hasil pertanian dan kecekapan keseluruhan sumber.

Data daripada semua Mesin Ladang BoomGrow di seluruh negara akan disatukan ke dalam papan pemuka terpusat, membolehkan penelitian dan pengurusan yang lancar.

Semua ini dapat dilaksanakan oleh rangkaian paling pantas dan paling luas CelcomDigi di Malaysia, memastikan ketersambungan menyeluruh dan boleh diharap pada semua Mesin Ladang
BoomGrow.

Perkongsian ini dilaksanakan pada tiga bidang utama inovasi di dalam teknologi pertanian:

Pertanian jitu diperkasa 5G: Mesin Ladang BoomGrow kini dijana oleh ketersambungan 5G CelcomDigi, dan menerusinya, disambungkan kepada sistem pengawasan dan pengimbas bersepadu yang luas yang kini boleh menyediakan maklum balas data waktu sebenar, membolehkan kawalan jitu terhadap persekitaran pertanian tertutup, memastikan keadaan optimum bagi pertumbuhan tanaman.

Mesin ladang AI & analitik data: Dengan Mesin Ladang berganda memberikan maklum balas set data yang kompleks dan visual tanaman, analitik maju dikuasakan AI kini boleh memberikan analisis mendalaman data set kompleks diterima daripada semua Mesin Ladang.

Misalnya, jika terdapat isyarat dari satu ladang, pasukan boleh memperoleh maklumat terperinci menerusi analitik untuk mengetahui punca asal isu dan menanganinya dengan segera.

Ini akan mempertingkatkan proses membuat keputusan dan menambah baik keseluruhan pengeluaran.

Latihan ahli agronomi menerusi XR: Menerusi teknologi XR dikuasa XR Associate, ahli agronomi boleh menyertai program latihan imersif secara jarak jauh. Ini membolehkan mereka memperoleh pengalaman sebenar dan kepakaran di dalam menguruskan sistem pertanian moden dari lokasi berbeza di mana Mesin Ladang BoomGrow ada.

Ia juga akan membantu BoomGrow untuk melatih ahli agronomi baharu seiring dengan rancangan mereka untuk meluaskan lagi penggunaan Mesin Ladang di masa hadapan.

“Kolaborasi antara CelcomDigi dan BoomGrow ini adalah contoh cemerlang bagaimana teknologi boleh diguna pakai bagi menangani cabaran kritikal di dalam masyarakat kita.

“Dengan menyepadukan 5G, dan teknologi maju lain ke dalam pertanian, kita melonjakkan pengeluaran dan menyumbang kepada kemampanan dan daya tahan sistem makanan di negara kita.

“Kerajaan menyokong inisiatif seumpamanya yang memacu inovasi dan memajukan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi didorong oleh digital dan dipacu teknologi,” ulas Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo ketika hadir merasmikan kolaborasi hebat ini di Gurney Paragon Mall di Pulau Pinang.

BoomGrow merupakan antara 40 rakan kongsi perintis Pusat Pengalaman (AiX) CelcomDigi, kemudahan canggih bagi merangsang kepesatan inovasi 5G, AI dan rumusan teknologi baru muncul yang lain di seluruh industri bagi merancakkan asporasi 5G-AI Malaysia.

Sehingga kini, terdapat banyak Mesin Ladang BoomGrow di seluruh Malaysia dan Filipina dengan satu terletak di CelcomDigi AiX di Subang Jaya, Selangor. – Getaran, 2 September 2024

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 minggu yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

2

Semasa 3 bulan yang lalu

'Human Touch' Beri Jiwa Kepada Karya, AI Tidak Mampu Lakukannya

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Google Lancar Inisiatif Baharu Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran Berfokuskan AI

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara