web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Human Touch' Beri Jiwa Kepada Karya, AI Tidak Mampu Lakukannya

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 3:35PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat menyebabkan kebanyakan syarikat dan industri seperti organisasi media terpaksa 'mengejar' untuk beradaptasi dengan teknologi canggih itu dalam operasi harian.

la ditambah lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Mei lepas menyeru agar negara bergerak pantas membina ekosistem yang mantap bagi memacu perkembangan dan penggunaan teknologi Al dalam era pascanormal pada masa ini.

Justeru, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi di Universiti Malaya (UM) Dr Mumtaz Aini Alivi berkata pengamal media perlu serba boleh dengan mempunyai kemahiran kewartawanan dan pada masa sama celik Al.

Beliau berkata kemahiran atau sentuhan magis pengamal media boleh digabungkan dengan mesin seperti Al, untuk memberikan hasil terbaik dalam tugasan mereka yang kian mencabar dengan kewujudan sosial media ketika ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Al bukan mengambil alih tugas pengamal media pada masa akan datang sebaliknya lebih kepada memudahkan, mempercepatkan dan memperbaiki kualiti produksi dalam bidang kewartawanan dan penerbitan.

"Saya masih percaya human touch penting untuk memberi 'jiwa' kepada sesuatu karya yang tidak mampu dibuat oleh mesin. Arahan boleh diberi kepada perisian, tetapi sejauh mana penjanaan data diterima bergantung kepada kebijaksanaan manusia untuk memberikan arahan," katanya.

Selain itu, Mumtaz Aini berkata Al juga tidak patut dilabelkan sebagai melakukan tugas yang 'remeh', sebaliknya banyak kecanggihan teknologi yang mampu dilakukan membolehkan hasil produk lebih kreatif, memendekkan masa mengumpul data, mengedit dan lain-lain.

Namun, beliau tidak menolak Al berisiko untuk memberikan data kurang tepat, sesuatu yang tidak boleh dikompromi sebagai wartawan memandangkan ketepatan fakta adalah antara prinsip utama bidang kewartawanan.

Katanya, walaupun Al memudahkan tugas media dalam banyak urusan dan menjadikan hasil lebih kreatif serta menarik, tetapi apa yang penting adalah bagaimana setiap lapisan pengamal media perlu melakukan semakan data dahulu sebelum menerbitkan bahan berkenaan.

"Peranan editor sebagai gatekeeper bukan sekadar semak ayat, tetapi perlu membuat semakan terhadap keseluruhan paparan bahan sebelum diterbitkan. Kerana itu tugas sebagai editor bukanlah mudah.

"Wartawan sebagai sumber permulaan pengumpulan data pula, perlu berhati-hati dengan maklumat yang diperoleh. Apabila ini dilakukan dengan sempurna, maka tidak menjadi isu dengan penggunaan Al.

"Al boleh digunakan, tetapi semakan perlu dilakukan sebelum diterbitkan. Adalah satu kerugian jika kecanggihan Al tidak digunakan di organisasi media kerana terdapat banyak kelebihannya," katanya yang pernah berkhidmat sebagai wartawan dan penyunting berita selama 22 tahun.

Mumtaz Aini berkata semua organisasi media di Malaysia perlu mengoptimumkan penggunaan Al dalam organisasi masing-masing dan diperhebatkan lagi jika tidak mahu ketinggalan jauh dalam arus perubahan media yang pantas.

"Jika tidak, produk mereka tidak lagi menarik penonton untuk menonton atau membacanya. Sebagai manusia, adalah biasa kita tertarik untuk melihat sesuatu yang menarik, itu naluri manusia," katanya.

Bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang diadakan di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini, satu Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan 'Evolusi Media dalam Era Digital' akan diadakan melibatkan penceramah terkenal dari dalam dan luar negara.

Mengangkat tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan', HAWANA 2024 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 27 Mei.

HAWANA 2024 merupakan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia dan dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 minggu yang lalu

Mesin Ladang Dijana AI, Hasil Kolaborasi BoomGrow Dan CelcomDigi

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

3

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Google Lancar Inisiatif Baharu Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran Berfokuskan AI

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka