web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Rakyat Malaysia Menerima Manfaat Geran Pertukaran Budaya UK-Malaysia

Lebih £80,000 disumbangkan dari tiga program British Council yang berbeza, bertujuan bagi mengembangkan kaedah inovatif untuk kolaborasi seni secara digital.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 10:16AM

Gambar: Instagram @WayangKitchen

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak Oktober 2020, 10 penerima warganegara Malaysia telah menerima geran daripada British Council bagi menyokong pertukaran budaya antara UK dan Malaysia. 

Geran dengan nilai keseluruhan lebih £80,000 dari tiga program berbeza ini akan membantu mengembangkan cara inovatif untuk kolaborasi seni secara digital, selama tempoh di mana COVID-19 telah menghalang perjalanan antarabangsa dan kerjasama bersemuka. 

“Geran ini akan menyokong karya dalam pelbagai bentuk seni, mulai dari sastera, filem, seni visual, muzik hingga teater.”

“10 penerima manfaat kami itu datang daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Termasuk golongan kelainan upaya (OKU), etnik minoriti, belia dan mereka yang bekerja di dalam bidang persekitaran dan kelestarian.”

“Kami bangga memberi peluang kepada penerima-penerima geran di UK (United Kingdom) dan Malaysia, untuk saling berkongsi dan memberi inspirasi sesama mereka,” kata Jazreel Goh, Pengarah Malaysia, British Council.

HUBUNGAN MELALUI BUDAYA

Tujuh penerima menerima geran program Connections Through Culture, geran bilateral yang dirancang bagi menyemai pertukaran budaya yang menarik antara seniman dan organisasi seni. Ia memupuk kerjasama dan hubungan jangka panjang antara UK dan Malaysia

Salah satunya, Hands Percussion  oleh Goh Seang Heong, yang akan mengusahakan pendekatan organik bagi menyusun karya baru untuk gamelan Melayu, termasuk siaran langsung karya gamelan klasik.

Sementara itu, Sonia Luhong dari Borneo Bengkel akan membina jambatan antara para kreatif di Timur Laut England dan Pulau Borneo melalui pameran maya dan persembahan eksperimentasi yang dihoskan secara digital, merentasi benua. 

Gambar: Ihsan British Council
Gambar: Ihsan British Council

DANA KERJASAMA DIGITAL

Dana ini menyokong pertukaran budaya antara UK dan luar negara untuk mengembangkan kaedah kolaborasi yang inovatif secara digital. Salah satunya penerima warganegara Malaysia menerima geran Restart, yang ditawarkan untuk projek yang tergendala akibat COVID-19 tetapi mampu disambung semula secara maya. 

Projek tersebut adalah kerjasama antara Omnibus Theatre (UK), seniman Hester Welch, Wayang Kitchen dan The Rojak Projek.

Projek ini akan terdiri daripada dua program berasingan tetapi berkaitan.

The Far China Monologues meneroka kewujudan kehidupan yang halus antara dua budaya, yang menampilkan dua wanita antara London dan Kuala Lumpur. Semuanya dirangsang melalui pancaindera, melalui hidangan Malaysia yang enak. Disampaikan kepada penonton melalui restoran rakan kongsi di kedua-dua bandar. 

Food Tripping pula akan menjadi dua acara atas talian yang meliputi sebahagian persembahan dan sebahagian kelas memasak, yang melibatkan dan mendorong pertukaran budaya antara penonton UK dan Malaysia melalui seni teater dan makanan.

Gambar: Chai Yee Thong
Gambar: Chai Yee Thong

GERAN SASTERA

British Council juga menawarkan dua Literature Grants untuk menyokong sektor kesusasteraan Inggeris bagi bekerjasama dengan organisasi dan individu di seluruh dunia. 

Artis Chai Yee Thong dan Rebecca Yeoh akan menjadi kurator pameran maya, menjelajahi sastera yang melingkungi peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia. 

Sementara itu, Connect 360 yang dikendalikan oleh All Change -  sebuah projek pertukaran budaya dan aktivisme – akan menjadi mentor kepada lebih kurang 60 peserta majmuk dari Malaysia, Uganda dan UK. 

Gambar: Laman Facebook @BorneoBengkel
Gambar: Laman Facebook @BorneoBengkel

British Council telah bekerjasama dengan ramai seniman dan organisasi seni di Malaysia sejak 1948. Melihat seni sebagai pemain penting dalam pertumbuhan komuniti dan ekonomi kreatif, British Council mempromosikan aspek inovatif dan aneka seni Inggeris, termasuk seni visual, seni bina, reka bentuk, tarian, drama, muzik, filem, sastera dan ekonomi kreatif.

Layari laman sesawang British Council untuk sebarang maklumat lanjut. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara