web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CPTPP Mampu ‘Ranapkan’ Peniaga Bumiputera

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 11:15AM

Datuk Abdul Halim Husin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peniaga tempatan akan menghadapi kesukaran sekiranya kerajaan menyertai kerjasama perdagangan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Pemangku Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Abdul Halim Husin menegaskan, pihaknya komited menolak ratifikasi terbabit dan mendesak kerajaan menangguhkannya.

Beliau berkata, walaupun CPTPP mampu menarik pelabur perniagaan dari luar negara namun jika diberikan ruang seluasnya,  perniagaan tempatan khususnya bumiputera tidak akan pernah maju.

“Inilah kebimbangan yang disuarakan kepada kami. Nisbah ketidaksaksamaan antara kaum dan wilayah masih tinggi, justeru memerlukan pelan tindakan serta hala tuju.

“Perancangan itu lebih terarah buat kaum Melayu di Semenanjung serta masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, Malaysia sebagai antara rakan dagangan terbesar China memandang dasar dan agenda pembangunan negara itu sebagai satu kepentingan.

Menurut beliau, ini kerana perkara terbabit akan memberi impak kepada Malaysia dan rakan serantau yang lain.

Pengumuman rasmi China untuk menyertai CPTPP katanya, akan memberikan impak pengaruh ekonomi yang kuat kepada perjanjian perdagangan tersebut.

Mengulas perkara itu, Abdul Halim menjelaskan, langkah itu terpaksa dilaksanakan demi memastikan jurang  dapat dirapatkan dan tidak ada yang tercicir dalam arus pembangunan.

“Kami tidak menafikan peluang untuk meraih nikmat serta kelebihan sebagai rakyat Malaysia tetapi walaupun negara bergantung kepada hasil perdagangan, kedaulatan dan hak anak watan mesti didahulukan.

“Jika CPTPP berkuat kuasa, maka sebarang usaha untuk merapatkan jurang tersebut akan terlarang dan menjadi lebih sukar,” katanya.

Tindakan sedemikian tegas beliau, boleh pula dicabar di tribunal antarabangsa oleh syarikat asing yang mahukan peluang serta keistimewaan yang sama dengan syarikat tempatan.

Abdul Halim menarik perhatian, Sabah dan Sarawak telah menjadi sebahagian dari Keluarga Malaysia sejak sekian lama dan seharusnya sempadan politik dan wilayah yang menjadi penghalang pembangunan ekonomi diruntuhkan.

“DPMM sebenarnya sudah menjalin kerjasama dengan peniaga di Sabah dan bersedia untuk berkolaborasi dengan pertubuhan perniagaan di Sabah dan Sarawak.

“Ini untuk meluaskan lagi dan berkongsi segala kemahiran dan kapasiti ahli serta memaksimumkan ruang dan peluang untuk mempertingkat tahap daya saing usahawan agar merentas wilayah,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan Atas Muhyiddin Kerana Mahu Jatuhkan Kredibiliti BERSATU – Azmin 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Azmin Beri Bayangan Tidak Bertanding PRN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tolak Desakan Kumpulan Aliran Kiri Mahu Malaysia Keluar CPTPP – Wan Saiful

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara