web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tolak Desakan Kumpulan Aliran Kiri Mahu Malaysia Keluar CPTPP – Wan Saiful

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 5:03PM

Wan Saiful Wan Jan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa kerajaan menolak desakan kumpulan tertentu agar Malaysia menarik diri dari Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Menurut beliau, sekiranya penyertaan Malaysia dalam CPTPP dibatalkan, ia bukan sahaja merugikan penduduk di Tasek Gelugor tetapi rakyat secara keseluruhan.

Justeru katanya, langkah pentadbiran sebelum ini meratifikasi CPTPP adalah tindakan yang tepat.

“CPTPP dijangka memberi akses ke pasaran baru seperti di Mexico, Peru dan Kanada. Dengan adanya CPTPP, nilai jumlah perdagangan Malaysia dijangka meningkat ke RM3.05 trilion pada 2030, manakala eksport Malaysia akan mencecah RM1.65 trilion pada 2030.

“CPTPP akan memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat, termasuklah kepada rakyat Tasek Gelugor yang mana saya adalah Ahli Parlimen mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Saiful berkata, ramai penduduk di Tasek Gelugor bekerja di kawasan perindustrian berhampiran.

“Kemasukan pelaburan baru, perpindahan teknologi baru, dan peluang mempertingkat kemahiran tenaga kerja melalui CPTPP.

“Sudah pasti ia akan membolehkan warga Tasek Gelugor mendapat pendapatan lebih tinggi pada masa depan. Inilah manfaat daripada perdagangan dan sistem ekonomi pasaran,” katanya.

Mengulas lanjut Wan Saiful mendakwa, belum pun sebulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mentadbir, kumpulan aliran kiri yang anti-perdagangan sudah mula lantang membantah usaha itu.

“Inilah kesan daripada terwujudnya sebuah kerajaan berfahaman kiri dalam negara kita. Rakyat perlu peka hal ini.

“Jika kerajaan PH-BN ini memberi perhatian kepada kumpulan tersebut, ini satu lagi bukti penularan fahaman sosiopolitik kiri dalam Malaysia,” katanya.

Tegas beliau, Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu) dibina sejak zaman Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai sebuah negara perdagangan.

“Kita adalah negara perdagangan dan ekonomi pasaran. Ekonomi kita makmur apabila kita berdagang di peringkat serantau dan antarabangsa.

“Kerajaan harus menolak desakan keluar dari CPTPP. Pentadbiran negara mestilah berdasarkan fakta dan kajian, bukan berdasarkan ideologi kiri dianuti PH-BN dan kumpulan penyokong mereka semata-mata,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menarik semula ratifikasi CPTPP.

Desakan itu dibuat 24 pakar ekonomi, 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 10 kesatuan sekerja dan lebih 50 individu selepas mendapati perjanjian ratifikasi itu bakal memberi impak besar kepada ekonomi negara. - Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Kerajaan Kemuka Usul Rujuk Wan Saiful Ke Jawatankuasa Parlimen Isnin Ini

2

Politik 6 bulan yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Kes Pengubahan Wang Haram, Rasuah Wan Saiful Dibicarakan Bersama

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Pengubahan Wang Haram RM5.59 Juta, Wan Saiful Terima 18 Pertuduhan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang