web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Atas Muhyiddin Kerana Mahu Jatuhkan Kredibiliti BERSATU – Azmin 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 10:15PM

Mohamed Azmin Ali - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat tuduhan salah guna kuasa dan rasuah membuktikan ada tangan yang berniat jahat untuk mencalar imej BERSATU. 

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dakwaan itu juga jelas mahu menjatuhkan kredibiliti gabungan berkenaan agar ditolak oleh rakyat. 

Menurut beliau, hasrat tersebut bagaimanapun akhirnya ‘memakan diri’ apabila PN mencatat kejayaan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu. 

“Ada pakatan mahu mencalarkan imej dan kredibiliti BERSATU, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya rakyat menolak PN tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

“PN menang besar di Kelantan, Terengganu, Kelantan, Kedah dan menang dengan jumlah yang signifikan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan,” katanya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu berkata, PN dari awal bertegas bahawa Muhyiddin tidak akan dituduh di mahkamah sekiranya kerajaan berpegang kepada prinsip rule of law. 

Muhyiddin Yassin (tengah) dilepas dan dibebaskan daripada empat tuduhan salah guna kuasa serta rasuah - gambar BERNAMA
Muhyiddin Yassin (tengah) dilepas dan dibebaskan daripada empat tuduhan salah guna kuasa serta rasuah - gambar BERNAMA

Katanya, gabungan terbabit amat yakin mantan Perdana Menteri itu tidak pernah terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa. 

“Beliau malahan adalah seorang yang tuntas menentang amalan rasuah, termasuk skandal kewangan terbesar 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya. 

Azmin menarik perhatian, keputusan tersebut meneguhkan pendirian PN untuk terus menentang segala bentuk amalan rasuah dan salah guna kuasa kerajaan. 

“PN akan terus memfokus kepada usaha membangunkan ekonomi rakyat dan negara,” katanya. 

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Muhyiddin selepas mendapati keempat-empat pertuduhan dikenakan kabur, cacat dan tidak berasas, kerana gagal menyatakan butiran kesalahan dilakukan. 

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dipetik sebagai berkata, mahkamah dengan itu membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan berkenaan. 

Ahli Parlimen Pagoh itu ketika menyandang portfolio Perdana Menteri didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM234.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta individu dikenali sebagai Datuk Azman Yusoff. 

Muhyiddin dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.- Getaran, 15 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang