web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Prestasi Buah, Minyak Sawit Dijangka Lebih Baik Pada 2023

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 1:57PM

Konflik Rusia-Ukraine yang berterusan memberi impak rantaian bekalan minyak bunga matahari di seluruh dunia, sekali gus melonjakkan permintaan minyak sawit sebagai pengganti minyak bunga matahari - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prestasi baik industri sawit negara dijangka berterusan hingga tahun depan, berikutan stok minyak tanaman tersebut diunjurkan sebanyak dua juta tan pada 2023.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam berkata, ia adalah lebih tinggi daripada tahun ini, ekoran jangkaan bekalan minyak sayuran utama lain, termasuk minyak sawit lebih tinggi.

Katanya, permintaan lebih kukuh menjadi antara faktor yang dilihat menyumbang kepada prestasi industri berkenaan.

“Konflik Rusia-Ukraine yang berterusan memberi impak rantaian bekalan minyak bunga matahari di seluruh dunia, sekali gus melonjakkan permintaan minyak sawit sebagai pengganti minyak bunga matahari.

“Kenaikan harga minyak kacang soya dan minyak mentah Brent di pasaran dunia, turut menyumbang kepada prestasi minyak sawit,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Ahmad Parveez berkata, pihaknya menjangkakan harga purata minyak sawit mentah (MSM) adalah RM5,100 satu tan tahun ini, iaitu 15.7 peratus lebih tinggi berbanding RM4,407 satu tan pada 2021. 

Menurutnya, harga MSM mengalami penurunan mulai suku ketiga tahun ini, berikutan musim pengeluarannya yang tinggi, peningkatan stok minyak sawit dan penurunan harga minyak kacang soya.

“Justeru, kami (MPOB) menjangkakan harga MSM akan stabil pada purata RM3,800 satu tan pada 2023. Ini berdasarkan jangkaan pengeluaran minyak sawit lebih tinggi, keadaan cuaca dijangka bertambah baik, terutama pada separuh kedua tahun depan dan ketersediaan bekalan minyak sayuran utama lain yang dijangka lebih tinggi.

“Harga minyak kacang soya yang dijangka rendah berikutan pengeluaran tinggi di Brazil dan Amerika Syarikat juga dijangka memberi impak kepada harga MSM. Pengukuhan Ringgit Malaysia, berbanding Dolar AS juga dijangka menjejaskan harga MSM,” katanya. 

Sementara itu, Ahmad Parveez menegaskan, ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik pada 30 September lalu, bakal menggalakkan permintaan produk minyak sawit kerana ia meluaskan lagi aksesnya kepada pasaran baharu, seperti Kanada, Mexico dan Peru.

“Eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit lain bagi Januari hingga November 2022, meningkat 1.3 peratus kepada 22.43 juta tan, berbanding 22.14 juta tan dalam tempoh sama pada 2021.

“Pengeluaran MSM dijangka meningkat sedikit sebanyak 2.1 peratus kepada 18.50 juta tan bagi tahun ini, berbanding 18.12 juta tan tahun lalu,” katanya. 

Sebagai rekod, harga purata MSM bagi Januari sehingga November 2022 adalah sebanyak RM5,167 satu tan.

Jumlah itu meningkat 18.4 peratus, berbanding RM4,363 satu tan bagi tempoh sama tahun lalu. - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Terpedaya Tawaran Tender Pajak Ladang, Pengarah Syarikat Kelapa Sawit Rugi RM1.03 Juta

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Untung Selepas Cukai JCORP Melonjak Lebih 100 Peratus Kepada RM808 Juta Bagi Tahun Kewangan 2022

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara