web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 5:46PM

Menurut Hannah Yeoh, Malaysia meraih sejumlah 12 pingat emas, 20 perak dan 46 gangsa yang disumbangkan atlet muda yang membuat penampilan sulung pada temasya berkenaan - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT JALIL - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini menegaskan beliau enggan memohon maaf kerana menghantar atlet muda ke Sukan SEA di Kemboja yang baru berakhir.

Ia selepas Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menggesa beliau dan timbalannya, Adam Adli Abd Halim memohon maaf atas kegagalan kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 emas, seperti ditetapkan sebelum temasya itu berlangsung.

Kontinjen Malaysia mencatatkan prestasi terburuk dalam Sukan SEA apabila menduduki tempat ketujuh dalam kedudukan pingat dan gagal mencapai sasaran jumlah emas itu.

Negara menamatkan temasya dengan 34 pingat emas, 45 perak dan 96 gangsa.

Bagaimanapun, Hannah tidak bersetuju bahawa prestasi atlet itu adalah persembahan terburuk pernah ditunjukkan negara dalam temasya berkenaan.

“Banyak sukan yang menyumbang emas kepada pasukan negara kita di Hanoi, tidak dipertandingkan di Kemboja.

“Banyak sukan yang tidak popular di Malaysia dipertandingkan di Kemboja.

“Kita menunjukkan kadar kemenangan 59 peratus daripada semua acara yang kita sertai dan membawa pulang 51 peratus pingat dalam acara kita sertai.

“Itu lebih baik daripada 48 peratus pingat yang dimenangi dalam acara disertai di Manila pada 2019.

“Jadi, adalah tidak adil untuk mengatakan ia adalah prestasi terburuk kita di Sukan SEA,” katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau menambah, terdapat banyak kisah kejayaan dilakar atlet muda yang membuat penampilan sulung pada temasya berkenaan.

Malaysia meraih sejumlah 12 pingat emas, 20 perak dan 46 gangsa yang disumbangkan peserta kali pertama itu.

Antara atlet muda yang dihantar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke temasya itu adalah Umar Osman yang memecahkan rekod kebangsaan 400 meter (m) lelaki dan Ng Jing Xuen, 15, yang memenangi emas dalam golf.

“Kita sudah katakan sejak hari pertama banyak pingat tidak dimenangi kerana acara itu tidak dipertandingkan.

“Jadi, saya tidak akan memohon maaf kerana membuat keputusan untuk melabur dalam menghantar atlet muda, ini adalah keputusan tepat kepada Malaysia.

“Kita bermain dalam perlawanan yang panjang untuk pusingan seterusnya, iaitu Sukan SEA di Thailand (2025) dan Kuala Lumpur (2027),” tambahnya.

Ahli Parlimen Segambut itu turut mengetengahkan beberapa cabaran lain yang menjejaskan bidang sukan di Malaysia.

“Ketidakstabilan politik melanda sukan, ada banyak program, tetapi tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana perubahan individu.

“Masa (dan) kestabilan (adalah) sangat penting untuk mengusahakan program bagi menyokong atlet kita.

“Dari segi kewangan, jumlah tajaan daripada Sports Toto (syarikat perjudian) hanyalah satu pertiga daripada jumlah yang diterima sedekad lalu,” katanya. – The Vibes, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan