web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 8:20PM

Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan negeri, Muhamad Radhi Mat Din. gambar ihsan SUK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sikap profesional dan keterbukaan ditampilkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendapat pujian panjang lebar daripada Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan negeri, Muhamad Radhi Mat Din dalam sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Menurut legenda bola sepak Kedah itu, hubungan antara kedua-dua pihak terlalu mesra dan beliau tidak merasakan sebarang kesulitan ketika berurusan dengan pihak kementerian.

"Hubungan kami mesra, akrab dan bahagia. Sepanjang saya memegang portfolio ini, sudah empat kali perjumpaan rasmi dengan menteri iaitu dua kali beliau ke Kedah, dan dua kali di Putrajaya.

"Bukan kata nak memuji tetapi ini satu tindakan profesional dari menteri kerana memberi layanan cukup istimewa. Alhamdulillah, bukan sekadar pertemuan biasa, sebaliknya saya hadir dalam empat pertemuan rasmi iaitu penyerahan gelanggang skuasy di Alor Setar, penyerahan padang sintetik di Langkawi, kunjungan hormat ke Pejabat Kementerian Belia dan Sukan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar serta Mesyuarat Penyelarasan Menteri Bersama Exco Belia dan Sukan negeri-negeri.

"Keempat-empat pertemuan itu menghasilkan keputusan yang amat baik. Insya-Allah yang baik kita puji dan yang tak baik, kita jelaskan secara profesional," katanya.

Tambahnya, Hannah dalam masa sama telah memberi ruang secukupnya kepada pihaknya untuk berhubung pihak kementerian.

"Bukan setakat jumpa menteri, malah kita juga mengunjungi Pengarah Majlis Sukan Negeri dan diberi sambutan baik. Alhamdulillah, di kementerian itu juga ramai orang Kedah dan hubungan mesra itu bertambah apabila 'bos' (Menteri) beri ruang secukupnya untuk kita berhubung.

"Kita melihat sikap terbuka Menteri Belia dan Sukan yang telah menyatakan bahawa bidang sukan merentasi politik. Sebagai contoh di Langkawi, beliau menyatakan secara jelas bahawa politik serta sukan tak boleh dicampur aduk dan Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan lancar," katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Radhi berkata, Hannah ketika dalam mesyuarat bersama exco belia dan sukan negeri-negeri secara jelas menyatakan bahawa kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan sangat digalakkan, malah kesemua ADUN juga dijemput hadir ke program melibatkan kementerian sama ada di peringkat daerah atau negeri.

"Jadi saya harap tak ada lagi isu selepas ini kononnya program melibatkan kementerian, takut nak jemput ADUN. Ini satu ruang baik untuk kita bekerjasama," katanya.

Di sebalik pujiannya terhadap Hannah serta Kementerian Belia dan Sukan, Radhi bagaimanapun mengeluh terhadap layanan diterimanya dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri yang didakwanya masih belum membuka 'hati' mereka untuknya.

"Apabila ada lantikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, saya tak dibenarkan mengunjunginya. Saya agak terkilan dengan perkara itu kerana dalam kalangan atlet-atlet pembangunan kita, akar umbi kebanyakannya berada di sekolah-sekolah.

"Ini antara perkara yang kadang-kadang boleh menyebabkan kita tak dapat melangsungkan khidmat bakti di peringkat negeri untuk bina atlet berjaya di peringkat sekolah. Kalau boleh pihak pembangkang tolong sampaikan luahan saya ini ke pihak berkaitan," katanya. - Getaran, 6 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Sukan 6 bulan yang lalu

The Pocket Rocketman Nyatakan Hasrat Mahu Velodrom Asas Di Seluruh Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah