web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khazanah Wujud Platform Pelaburan Hijau, Tarik Lebih Banyak Pelaburan - PM

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 9:07PM

Perdana Menteri beberapa hari lalu menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah yang ke-3 bagi tahun ini, bagi membincangkan secara tuntas peranan Khazanah dalam aspek pembangunan negara - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan mewujudkan satu platform pelaburan hijau yang baharu untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung dari dalam dan luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, platform itu diyakini berupaya membantu syarikat tempatan khususnya milik Bumiputera untuk mencipta lebih banyak pekerjaan berkualiti tinggi bagi rakyat.

Menurut beliau, kerajaan komited untuk terus memacu ekonomi Malaysia ke hadapan, dalam suasana ketidaktentuan pasaran dan geopolitik global. 

“Dalam hal ini, usaha menggembleng kerjasama yang lebih kukuh antara sektor swasta dan kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan, negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) mesti terus dipertingkatkan. 

“Khazanah akan terus bekerjasama dengan kerajaan menerusi strategi ‘Memajukan Malaysia’ (Advancing Malaysia) untuk memastikan hala tujunya sejajar matlamat pembangunan ekonomi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri beberapa hari lalu menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah yang ke-3 bagi tahun ini, bagi membincangkan secara tuntas peranan Khazanah dalam aspek pembangunan negara.

Mengulas mengenai mesyuarat itu, Anwar berkata, perbincangan utama adalah mengenai pelaburan oleh Khazanah untuk mengukuhkan ekosistem ekonomi domestik. 

“Fokus utama Khazanah tidak hanya kepada syarikat permulaan, tetapi perniagaan yang sudah berjaya dan memerlukan modal untuk mendanai pertumbuhan masa depan. 

“Melalui penglibatan Khazanah, inisiatif ini dapat membangunkan bakat pekerja tempatan serta meningkatkan keupayaan dan daya saing negara.

Anwar menarik perhatian, mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai peri penting melaksanakan peralihan tenaga yang mampan bagi menjamin kelestarian ekonomi.

“Selaras dengan prinsip MADANI, saya menggesa Khazanah agar terus berada di landasan yang betul dan kekal dengan mandat sedia ada, untuk menyampaikan manfaat ekonomi dan sosial yang mampan demi rakyat dan masa depan lebih baik untuk negara,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara