web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Tarik Pelabur Pada Forum Ekonomi Qatar

Ekonomi Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 May 2024 2:19PM

Anwar Ibrahim - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membentangkan tarikan utama negara mereka untuk menarik pelabur.

Selain Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, edisi keempat QEF itu akan dihadiri oleh Presiden Poland Andrzej Duda, Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto dan Presiden Republik Palau Surangel S. Whipps Jr.

Para pemimpin ini, bersama-sama dengan lebih 100 ketua eksekutif, tokoh berpengaruh dan pembuat keputusan dari pelbagai sektor seperti ekonomi, kewangan, teknologi, pelaburan, tenaga, pendidikan, sukan dan iklim, dijangka memberikan pandangan mengenai negara masing-masing.

Hari pertama akan bermula dengan ucapan pembukaan oleh Sheikh Mohammed, diikuti dengan tiga sesi yang menampilkan Sheikh Mohammed, Duda dan Anwar.

Anwar akan berada di pentas utama dalam sesi bertajuk "In Conversation with the Prime Minister of Malaysia," yang dikendalikan oleh teraju dan Ketua Koresponden Antarabangsa bagi Asia Tenggara Bloomberg TV, Haslinda Amin.

Pada sesi selama 30 minit, Anwar yang juga Menteri Kewangan, akan membincangkan tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, menekankan tarikannya di luar pasaran Qatar, Asia Barat dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, akan turut hadir pada acara tersebut.

Di bawah tema "A World Remade: Navigating the Year of Uncertainty," perbincangan forum itu akan memberi tumpuan kepada lima bidang utama: geopolitik, globalisasi dan perdagangan, peralihan tenaga, inovasi teknologi, prospek perniagaan dan pelaburan serta sukan dan hiburan.

Selain perbincangan di pentas utama, lelbih 70 penceramah akan mengambil bahagian dalam 12 sesi lain melibatkan dua peringkat, membincangkan tema seperti melabur dalam pasaran sedang pesat membangun, menstruktur semula perdagangan global dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam kehidupan sebenar.

Selepas sesi tersebut, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Duda dan menyertai temu bual dengan Al-Jazeera.

Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan rasminya dengan merasmikan kampus luar pesisir UKM Qatar.

Anwar kini dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Qatar, yang merupakan lawatan sulungnya ke negara Teluk itu, selepas mengangkat sumpah pada 24 November 2022. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia