web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KXP Bakal Beroperasi 5 Tahun Lagi - MB

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 9:46PM

Muhammad Sanusi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang sememangnya dinanti-nantikan kewujudannya oleh rakyat negeri ini sejak sekian lama, dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun lagi iaitu pada 2026.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, fasa pertama projek itu akan dimulakan dalam masa terdekat yang menelan belanja sebanyak RM6 bilion, sebelum disusuli beberapa projek berkaitan, termasuk empat infrastruktur utama antaranya Lebuh Raya Koridor Utara (NCH) melibatkan laluan antara Bandar Baharu ke Sungai Petani.

“Selain itu akses Lebuh Raya Utara Selatan di Tikam Batu akan turut dibina manakala laluan keluar masuk ke Sungai Petani sedia ada akan dinaik taraf.

“Terdapat juga cadangan penjajaran baharu landasan kereta api melalui Tasik Gelugor di Pulau Pinang, Taman Teknologi Tinggi  Kulim (KHTP) dan Sungai Petani,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Pengerusi KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd (KXP AirportCity), memeterai perjanjian selaku wakil kerajaan negeri bersama sebuah syarikat swasta, Kumpulan ECK yang diwakili pengarah urusannya, Tan Sri Dr Khor Eng Chuen di Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), di sini.

Ia bagi mewujudkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan bertindak sebagai pemilik serta pemaju projek KXP.

Sebanyak 80 peratus pegangan ekuiti dalam SPV itu dimiliki ECK manakala bakinya dipegang kerajaan negeri melalui KXP AirportCity yang merupakan syarikat subsidiari PKNK.

Muhammad Sanusi menambah, lapangan terbang itu akan memainkan peranan utama dalam beberapa cabang industri penerbangan serantau termasuk sebagai hab industri halal dan e-dagang di ASEAN, melibatkan produk farmasi serta pelbagai kategori kargo.

Selain itu katanya, lapangan terbang berkenaan akan menjadi hab baik pulih industri penerbangan dan pusat operasi bencana serantau berdasarkan kedudukannya di tengah-tengah rantau Asia Tenggara.

“Antara berita baik buat penduduk di negeri ini adalah KXP akan menjadi hab penerbangan haji dan umrah khususnya buat penduduk di utara semenanjung.

“Dari segi ekonomi, kerajaan negeri juga dijangka mampu menjana peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi negeri Kedah yang diunjurkan 7.5 peratus berbanding 4.5 peratus pada masa ini,” katanya.

Beliau menarik perhatian, KXP dijangka menyumbang AS$281 juta (RM1.186 bilion) kepada Pendapatan Negara Kasar menjelang 2026.

“Dalam usaha kerajaan negeri meningkatkan daya ekonomi rakyat, KXP menyediakan antara 15,000 hingga 18,000 peluang pekerjaan secara langsung untuk diisi penduduk tempatan,” katanya. - Getaran 2 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara