web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SUKE TV Yang Diasaskan Datuk AC Mizal Mula Bersiaran Minggu Ini 

SUKE TV menyiarkan kandungan-kandungan yang memberi peluang kepada penonton untuk membeli-belah secara langsung sambil menonton TV. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 4:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rangkaian siaran tempatan, SUKE TV menyiarkan kandungan program beli-belah tempatan yang menampilkan selebriti, pempengaruh dan usahawan tempatan di mana penonton boleh membeli-belah secara langsung sambil menonton TV, akan mula bersiaran pada minggu ini. 

Rangkaian yang diasaskan ikon hiburan Datuk AC Mizal akan dapat ditonton selama 24 jam sehari menerusi platform myFreeview (saluran 116) iaitu rangkaian penyiaran digital tanpa langganan untuk TV yang pertama di negara ini.

Antara program yang disiarkan adalah SUKECeleb, SUKE TV iaitu program perdana yang menampilkan selebriti menjual produk mereka kepada penonton serta SUKEHati, program beli-belah dari rumah yang membabitkan peniaga tempatan memasarkan produk mereka.

Melalui inisiatif-inisiatif seperti ini, SUKE TV berhasrat memperkasa pangkalan pelanggan untuk PKS tempatan di seluruh negara melalui saluran TV percuma, sambil mencipta aliran pendapatan baharu untuk penghibur tempatan yang terjejas oleh pandemik. 

SUKE TV juga menyediakan sebuah platform baharu untuk peminat berinteraksi dengan selebriti pujaan mereka.

Ramai artis tempatan telah pun menyertai SUKE TV baru-baru ini bagi menyokong misi dan visi rangkaian tersebut untuk memasarkan produk-produk tempatan.

Antaranya adalah Diana Danielle, Didie Alias, Salina Saibi, Dynas Mokhtar, Thanuja, Achey dan ramai lagi.

Dengan infrastruktur yang luas, kepakaran dan perkongsian industri yang akan datang, SUKE TV menyasarkan pembangunan dan penyampaian kandungan asli dalam semua genre untuk penonton TV dan medium digital semasa Malaysia dalam masa nyata.

Sejak tahun lalu, SUKE TV telah menjayakan pelbagai perkongsian, terutamanya perjanjian pembiayaan dengan Malaysia Debt Ventures (MDV), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (MOF).

Baru-baru ini, SUKE TV juga telah menjalinkan kerjasama dengan MRANTI Nexus, sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak di bawah kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Sempena siaran perdana tersebut, SUKE TV telah menganjurkan sebuah pertandingan di mana penonton berpeluang memenangi hadiah mingguan dan bulanan. 

Hadiah untuk dimenangi termasuk motosikal (bulanan), telefon bimbit (mingguan) dan pelbagai hadiah misteri. SUKE TV kini boleh ditonton secara percuma di saluran MYTV 116. - Getaran, 6 April 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Belum Sedia Jemput Awie & Afdlin Shauki Di Suke TV - AC Mizal Tak Mampu Bayar Harga Profesional Mereka

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Sambut Ulang Tahun Pertama, SUKE TV Milik Datuk AC Mizal Tampilkan Variasi Program Baharu Bagi Tahun 2023 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

SUKE TV Milik Datuk AC Mizal Semakin Rancak Beroperasi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara