web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


K-KOMM Lancar Geran Kandungan Digital Bagi 2022

Annuar Musa berkata syarikat kandungan kreatif digital dengan modal berbayar minimum sebanyak RM20,000 amat digalakkan untuk memohon.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 3:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini melancarkan Geran Kandungan Digital (DCG)  bagi 2022 dan permohonannya dibuka sehingga 30 April ini.

Syarikat yang berminat boleh melayari laman sesawang https://mdec.my/DCG untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menteri K-KOMM, Tan Sri Annuar Musa berkata syarikat kandungan kreatif digital dengan modal berbayar minimum sebanyak RM20,000 amat digalakkan untuk memohon.

“Mereka boleh memilih antara geran untuk kos pembangunan bernilai sehingga RM300,000 atau kos pemasaran dan pelesenan harta intelek (IP) sehingga RM500,000,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata DCG, yang diperkenalkan sejak 2016 merupakan inisiatif MDEC, menyasar untuk membantu para pencipta kandungan digital di negara ini membangunkan kandungan baharu atau memasarkan dan melesenkan IP seperti kandungan animasi, media interaktif dan permainan digital.

DCG merupakan antara siri geran terawal yang direka khas oleh MDEC untuk industri kandungan kreatif digital bagi 2022, katanya.

Gambar: Astro
Gambar: Astro

Annuar berkata industri kandungan kreatif sangat pantas berkembang serta menjadi tumpuan utama di bawah inisiatif MyDIGITAL, justeru K-KOMM komited untuk memastikan industri ini terus mendapat sokongan yang diperlukan agar kekal kompetitif.

“Saya sedar bahawa persekitaran perniagaan amat mencabar ketika ini, khususnya kepada syarikat pemula niaga dan syarikat yang terjejas sebelum ini. Oleh itu, saya yakin inisiatif DCG ini mampu menjadi pemangkin kepada mereka untuk kekal kukuh dan lebih berdaya saing di pasaran tempatan dan global,” katanya.

Beliau turut berharap syarikat yang menerima manfaat daripada DCG, mampu melakar sejarah dan pencapaian yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Gambar: IMDb
Gambar: IMDb

“K-KOMM menerusi MDEC akan terus komited menyediakan pelbagai bantuan lain khususnya dalam membantu pertumbuhan ekosistem pembangunan kandungan digital negara,” katanya.

Sejak 2016, MDEC telah meluluskan 55 projek bernilai lebih RM34.5 juta bagi membantu syarikat kandungan kreatif digital dalam membiayai idea di peringkat pembangunan dan memastikan ia menjadi lebih mesra pelaburan dan kebolehpasaran, katanya.

Antara kandungan kreatif digital yang berjaya dicipta melalui inisiatif ini termasuk siri Didi & Friends oleh DD Animation Sdn Bhd, Ejen Ali the Movie oleh Wau Animation Sdn Bhd, dan animasi Astrology oleh Lemon Sky Animation Sdn Bhd.

Sementara itu, filem animasi Ejen Ali the Movie telah mencatatkan rekod sebagai filem animasi tempatan yang paling laris dengan kutipan pawagam sebanyak RM35 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Malaysia Peroleh Komitmen Pelaburan Bernilai RM8.3 Bilion Semasa Minggu Teknologi London - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara