web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Bukan ‘Anak Ikan’ - Afieq Shazwan

Tidak pernah mempunyai pengalaman sebagai sugar baby, Afieq bagaimanapun pernah cuba bertanya tentang kehidupan ‘anak ikan’ kepada kenalannya yang kebetulan mempunyai pengalaman dibela seseorang.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 8:00PM

Afieq mendedahkan, pada awalnya, dia sangat gementar untuk menerima tawaran melakonkan watak seorang gigolo.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak mudah menjiwai watak seorang sugar baby, sehingga ia memaksa pelakon Afieq Shazwan untuk bertanya beberapa kenalan yang pernah mempunyai pengalaman dibela oleh individu daripada golongan elitis.

Membawakan watak gigolo bernama Rizal dalam drama Rampas Cintaku, Afieq mendedahkan, pada awalnya, dia sangat gementar untuk menerima tawaran ini terutama apabila membaca plot cerita serta skripnya yang sangat berani dengan tontonan klasifikasi umur 18 tahun ke atas.

“Sejujurnya, saya hampir tolak tawaran untuk berlakon drama ini kerana takut. Graf cerita ini makin lama, makin berat.

“Takut juga kalau dicop sebagai anak ikan. Saya bukan anak ikan sesiapa dan tak pernah ada pengalaman. Jadi untuk watak ini, saya ada bertanya dengan beberapa kenalan bagaimana kehidupan sugar baby untuk saya faham betul-betul watak ini.

“Lakonan saya pun atas dasar profesional. Kalau ada kecaman saya dah bersedia, itulah yang saya kena hadap,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media drama Rampas Cintaku baru-baru ini.

Afieq bersedia dikecam kerana memainkan watak seorang gigolo.
Afieq bersedia dikecam kerana memainkan watak seorang gigolo.

Pertama kali bergandingan dengan pelakon senior Fasha Sandha, Afieq yang juga pelakon baru merasakan ada banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang penggambaran.

“Punyalah cuak bila tahu paring saya adalah Fasha Sandha yang sangat terkenal dengan kerjanya yang sangat profesional. Dia pula memang sangat menepati waktu. Awal-awal memang kekok nak dapat keserasian, namun lepas hari ketiga bekerja bersama-sama, kami jadi rapat dan senang nak diajak borak.

“Dari segi perancangan masa, memang saya bagi dekat dia. Kalau dia nak bersolek dan buat rambut yang akan makan masa yang lama, dia akan roger saya supaya saya tak datang set terlalu awal,” katanya.

Rampas Cintaku merupakan sebuah drama bersiri 15 episod yang bakal disiarkan di platform penstriman iQIYI bermula 23 September ini.

Ia menceritakan tentang Datin Safieya lakonan Fasha Sandha yang kecewa apabila suaminya mempunyai perempuan simpanan.

Bagi membalas dendam, dia kemudian mengupah seorang gigolo bernama Rizal yang kemudian jatuh hati kepadanya.

Turut sama menjayakan drama berklasifikasi 18 tahun ke atas ini ialah Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah dan Puteri Balqis. - Getaran, 14 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Fasha Sandha Tidak Putus Terima Tawaran Kerja

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Rancangan ‘Food Hunting’ Satukan Cef, Selebriti Tempatan Dan Blogger, Rentasi Seluruh Malaysia Cari Restoran 5-Bintang

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Latihan Dah Buat, Kecederaan Fasha Sudah Suratan - Azhan Rani

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara