web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Filem Remp-It 2  Sangat Sinonim Dengan Kisah Hidup Saya - Farid Kamil Akui Pernah Berlumba Haram 

Menurut Farid, motif utama filem ini adalah untuk menggalakkan mat-mat rempit di luar sana untuk berlumba secara profesional dan membendung perlumbahan haram di jalan raya.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 8:00PM

Farid Kamil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penerbit, Farid Kamil mengakui filem terbarunya, Remp-It 2 cukup sinonim dengan kisah hidupnya yang pernah terlibat dengan perlumbaan haram ketika zaman mudanya.

Menurut Farid, filem terbaharunya itu yang juga sekuel kepada filem Remp-It adalah sebuah filem yang menunjukkan kisah penunggang motosikal yang sentiasa dipandang negatif oleh masyarakat.

“Gejala lumba haram menjadi perkara yang saya sasarkan apabila menghasilkan filem. Dulu saya tak boleh nak bendung sebab turut terbabit sama berlumba haram.

“Apabila jadi pembikin filem, saya ambil tanggungjawab untuk buat sebaik mungkin kepada golongan penunggang motosikal supaya mereka lebih selamat di jalan raya daripada bahaya-bahaya yang dicari oleh mereka sendiri.

“Setiap yang pernah terlibat dalam gejala-gejala melibatkan golongan penunggang motosikal ini, saya cuba mengetengahkan, menyampaikan mesej daripada golongan tersebut dan kisah hidup mereka perlu difilemkan,” katanya.

Farid berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem pertama terbitannya, Remp-it 2 di Dadi Cinema, Pavilion, semalam.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari berkata filem berkisar dunia permotoran masih lagi relevan dan mempunyai penonton dan pengikut yang tersendiri.

“Filem Remp-It yang dihasilkan pada tahun 2006 pernah mencetuskan fenomena tersendiri suatu ketika dahulu, dan kini kembali dengan aksi yang lebih matang dan padat.

“Malah dunia permotoran sendiri telah melalui satu perubahan yang agak ketara sepanjang tempoh 16 tahun dan seiring berlakunya perubahan dalam dunia penerbitan filem dan selera penonton.

“Jadi dengan kecanggihan teknologi penggambaran ini, filem Remp-It 2 ini lebih tampil aksi perlumbahan yang lebih realistik,” ujarnya.

Menurut Farid selama 16 tahun, dia sentiasa terima pertanyaan bila Remp-it akan ada sekuel. 

“Ramai yang tanya saya berkenan sekuel Remp-It sejak 2006. Orang tertunggu-tunggu untuk sekuel filem itu. 

“Jadi, di situ saya mendapati bahawa, filem permotoran ini masih mempunyai peminat dan penggemar di tersendiri, dan ia masih relevan dengan cara dia sendiri walaupun sudah 16 tahun berlalu,” ujarnya.

Kongsi Farid, motif utama filem ini adalah untuk menggalakkan mat-mat rempit di luar sana untuk berlumba secara profesional dan membendung perlumbahan haram di jalan raya.

“Jalan cerita filem Remp-It 2 ini lebih teliti dan matang, di mana ia mengetengahkan kisah hidup mat-mat rempit yang berbeza daripada 16 tahun dahulu.

“Saya ingin memberi pendedahan kenapa mat-mat rempit yang baru nak up, yang mereka boleh rempit secara professional di litar perlumbahan. Di negara kita ada beberapa ‘champion’ di mana ‘champion’ dalam litar dan tak pernah lumba haram di jalan raya.

“That’s the main point, mereka boleh rempit secara profesional tanpa membawa bahaya kepada mana-mana pihak,” tambahnya.

Dalam pada itu, Farid berkata, filem Remp-It 2  turut bakal menambat hati peminat dunia permotoran, dengan paparan semua jenis motosikal, daripada motosikal kapcai hingga superbike serta offroad.

Katanya, walaupunpun selepas hampir 16 tahun filem sekuel Remp-It 2 diterbit oleh syarikatnya sendiri FKX Film, filem ini akan menjadi sangat dekat dengan golongan pencinta motosikal.

“Filem yang menjalani penggambaran selama 55 hari pada hujung 2019 ini terpaksa menunggu lebih lama untuk menemui penonton disebabkan pandemik COVID-19 melanda dunia.

“Saya percaya filem ini juga mampu memberi kepuasan kepada semua penonton termasuk seisi keluarga, kanak-kanak, remaja dan pengikut filem Rempit yang pertama,” ujar pelakon kacak itu.

Filem yang bakal menemui penonton di 100 pawagam di seluruh  pada 24 November ini berkisar tentang kehidupan Madi selepas 16 tahun. 

Madi menjadi pengajar di sebuah pusat latihan motosikal yang dimiliki oleh Roy (Ahirine Ahirudin) dan mengusahakan bengkel bersama Macha (Cat Farish).

Madi berazam untuk tidak berlumba dan meninggalkan dunia rempitnya. Kini Madi fokus sebagai pelumba profesional. Namun, dengan secara tidak sengaja Madi berentap di jalan raya dengan Ajak, orang Spark. Madi cuba mengelak dari terlibat dalam perlumbaan haram dan membuat helah dengan meninggalkan perlumbaan tersebut.

Namun Ajak tidak berpuas hati dan sekali lagi menerjah Madi di jalan raya dan berlumba sekali lagi tetapi kali ini bersama Dekwan dan konco-konconya.

Berita kemunculan Madi sampai ke pengetahuan Spark yang berada di dalam penjara. Spark bakal dibebaskan tidak lama lagi dan dia tidak sabar untuk berentap semula dengan Madi.

Sedang Madi cuba lari dari hakikat bahawa dia sudah kembali berlumba, muncul seorang kanak-kanak bernama Muhammad yang mengaku sebagai anak Madi. Madi dan Macha hilang punca kerana tidak tahu siapa ibu Muhammad. – Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara