web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


All Together Now Malaysia Musim Kedua Kembali, 250 Peserta Bakal Rebut Gelaran Juara 

‘All Together Now Malaysia’ (ATNMY) musim ke-2 bakal menemui para penonton Astro mulai 11 Disember ini.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 1:08PM

Program yang menampilkan barisan juri seramai 50 orang ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi kepada mereka calon peserta yang berjaya bergelar juara - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 250 orang peserta yang rata-ratanya terdiri daripada golongan pempengaruh media sosial bakal merebut peluang untuk bergelar juara dalam program hiburan,  ‘All Together Now Malaysia’ (ATNMY) musim ke-2. 

Bakal bersiaran di Astro mulai 11 Disember, program yang menampilkan barisan juri seramai 50 orang ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi kepada mereka calon peserta yang berjaya bergelar juara. 

Dengan bahang ‘Gegar Vaganza 9’ yang masih dirasai, Astro bertekad untuk memastikan hiburan premium dan terkini berterusan. Lantas, ‘ANTMY 2’ bakal memberikan kesinambungan yang dinamik dalam memartabatkan industri hiburan negara ke pentas yang tinggi.

Pemilihan juri-juri baharu ini turut melambangkan landskap kehendak penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat
Pemilihan juri-juri baharu ini turut melambangkan landskap kehendak penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat

Berdasarkan format asal ‘All Together Now’ terbitan BBC One dari United Kingdom, Astro mempersembahkan barisan juri yang popular dan glamor yang sedia ada beserta 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.  Sementara, Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.

Pemilihan juri-juri baharu ini turut melambangkan landskap kehendak penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat. Ia turut merangkumi kemajmukan masyarakat negara kita yang membawa keunikan kepada adaptasi Malaysia berbanding dengan adaptasi negara-negara lain.

Manakala pengacara ceria dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ‘ATNMY 2’. Kehadirannya pasti meriuhkan lagi suasana musim terbaharu ini kelak.

Saksikan ‘All Together Now Malaysia 2’ yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Disember 2022 di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp ‘NAK ASTRO’ ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.   – Getaran, 2 Disember  2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Impian Jihan Muse Berganding Dengan Sherry Alhadad Jadi Kenyataan Di Pentas AJL37

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kelly Azman Ada Sebab Tersendiri Kenapa Jarang Bangun Untuk Peserta Di 'All Together Now Malaysia'

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Jangan Sebarkan Fitnah!’: Aishah Bidas Kenyataan Sherry Alhadad

4

TARA 1 tahun yang lalu

Saya Akan Bawa Pendekatan Sedikit Berbeza Di ATNM2 Sebagai Kapten Juri - Syafinaz Selamat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara