web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Impian Jihan Muse Berganding Dengan Sherry Alhadad Jadi Kenyataan Di Pentas AJL37

AJL37 kali ini menampikan dua orang pengacara wanita dan pemilihan Jihan Muse nyata merupakan satu kejutan.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 12:00PM

Gambar daripada Instagram TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat pertama kalinya, dua pengacara terkenal negara iaitu Sherry Al Hadad dan Jihan Muse akan bekerjasama bagi mengacarakan Anugerah Juara Lagu Ke 37 (AJL37) yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Februari ini.

Pemilihan Jihan sebagai rakan hos kepada Sherry yang sudah sinonim mengacarakan AJL semestinya merupakan satu kejutan yang tidak diduga.

Sebelum ini Sherry sering bergandingan bersama pengacara lelaki seperti Alif Satar dan Awal Ashaari. Namun pada tahun ini, Alif merupakan salah seorang finalis yang akan bertanding menerusi lagu Anugerah.

Sherry ketika sidang media berkata dia sangat teruja dengan gandingan ini kerana ini kali pertama dia akan bekerjasama dengan Jihan yang juga merupakan sahabatnya .

“Saya sangat tidak sabar untuk bergandingan bersama Jihan di pentas AJL37 nanti. Saya harap mendapat sokongan terutamanya daripada rakan-rakan yang akan bertanding nanti,” katanya.

Bagi Jihan pula dia juga sudah lama ingin bergabung bersama Sherry dalam satu program dan akhirnya impiannya menjadi nyata.

“Semoga gandingan kami di pentas AJL37 nanti meletup!,” katanya teruja.

Tahun ini sebanyak 12 lagu akan bertanding di pentas AJL37 bagi merebut gelaran Juara Lagu. Antara anugerah lain yang dipertandingkan adalah Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

AJL37 juga menyaksikan ramai penyanyi hebat yang lama juga yang baru bakal berentap. Antaranya Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Shila Amzah, Aina Abdul, Ernie Zakri, Amir Masdi, Naim Daniel, Iman Troye dan ramai lagi.

Berikut ialah senarai penuh 12 lagu yang berentap di AJL 37:

Sengsara - Khai Bahar (Komposer/Penulis Lirik: John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K)

Mainan - Naim Daniel (Komposer: Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewangga, Penulis Lirik: Arisz AB Rahman)

Anugerah Terindah - Alif Satar & The Locos (Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwais, Penulis Lirik: Alif Star, Shah Shamsiri dan Romeo)

Nang - Iman Troye (Komposer/Penulis Lirik: Ezra Kong & A Ramlee)

Payung Pelangi - Noki & MK (Komposer/Penulis Lirik: Noki & MK)

Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow & Sonaone (Komposer: Sonaone: /Penulis Lirik: Sonaone & Joe Flizzow)

Kembali Terang - Marsha Milan (Komposer:Senna & Ajin Senna, Penulis Lirik: Senna)

Bahagiakan Dia - Liza Hanim & Shila Amzah (Komposer: Aliff Iskandar,Penulis Lirik: Aliff Isqandar & Que Afiq)

Korban - Ernie Zakri (Komposer/Penulis Lirik: Ernie Zakri)

Debu - Dayang Nurfaizah & Amir Masdi (Komposer/Penulis Lirik: Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim)

Irama - Shiha Zikir (Komposer/Penulis Lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves)

Terus Hidup - Aina Abdul (Komposer/Penulis Lirik: Aina Abdul)

Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara (RM50,000) & trofi serta pemenang tempat ketiga (RM30,000 dan trofi). Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12,000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik (RM12,000 & trofi) - Getaran 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Selepas 17 Tahun Akhirnya Alif Satar Genggam Trofi AJL, Akui Lebih ‘Nervous’ Jadi Peserta Berbanding Hos

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Beza Dua Markah Dengan Naib Juara, Kemantapan Vokal Aina Abdul Faktor Kemenangan Tempat Pertama AJL37

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Jangan Sebarkan Fitnah!’: Aishah Bidas Kenyataan Sherry Alhadad

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

All Together Now Malaysia Musim Kedua Kembali, 250 Peserta Bakal Rebut Gelaran Juara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara