web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas 17 Tahun Akhirnya Alif Satar Genggam Trofi AJL, Akui Lebih ‘Nervous’ Jadi Peserta Berbanding Hos

Alif Satar & The Locos berjaya memenangi tempat ketiga menerusi lagu 'Anugerah Terindah' ciptaan The Locos dan lirik oleh Shah Shamshiri dan Romeo pada AJL 37 yang berlangsung Ahad lalu.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 2:12PM

Wajah terkejut Alif Satar ketika Alif Satar bersama The Locos diumumkan sebagai pemenang tempat ke-3 Anugerah Juara Lagu, Ahad lalu. - Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang 17 tahun bergelar anak seni, akhirnya artis versatil, Alif Satar berjaya menggenggam trofi Anugerah Juara Lagu pada edisi yang ke-37 (AJL 37) pada Ahad lalu.

Alif Satar bersama The Locos telah memenangi tempat ketiga menerusi lagu 'Anugerah Terindah' yang dicipta oleh The Locos dan lirik oleh Shah Shamshiri, Romeo serta Alif sendiri. 

“Ketika mereka umumkan kami memenangi tempat ketiga, kalau boleh lihat wajah Alif memang sangat terkejut. Memang tak sangka. Kami memang tak letak sasaran apa-apa untuk lagu ini.

“Bila karya kita dihargai oleh mereka (juri) yang lebih senior dalam industri, saya rasa sangat gembira dan momen ini sangat sentimental buat saya. I’m over the moon!

“Sepanjang 17 tahun saya berada di dalam industri ini, dan lagu ini tercalon buat kali pertama dan ini kali pertama saya menang di AJL,” katanya ketika ditemui di sidang media. 

Tambah Alif lagi, jika sebelum ini tugasnya di pentas AJL adalah sebagai pengacara, tetapi menjadi peserta yang bertanding lebih mendebarkan.

“Sebelum ini sewaktu saya menjadi pengacara AJL bila tengok orang lain menyanyi saya rasa best juga kalau aku yang menyanyi. Tetapi bila saya menyanyi tadi dia punya ‘nervous’ tu saya rasa lebih baik saya jadi pengacara. Rasanya saya seorang sahaja yang pernah merasai pengalaman menjadi pengacara dan jadi finalis AJL,” ujarnya. 

Pada AJL37 yang lalu menyaksikan lagu 'Terus Hidup' nyanyian Aina Abdul telah dinobatkan sebagai juara sementara 'Satu Malam Di Temasek' dendangan Joe Flizzow dan Sona One pula muncul sebagai naib juara. – Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

2

Muzik 8 bulan yang lalu

Laungan Azan Iringi Konsert Alif Satar and The Locos

3

Selebriti 8 bulan yang lalu

Doktor Sahkan Alif Satar Tiada Kecederaan Serius 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Dedikasikan Kemenangan Ini Kepada Ibu, Dialah Adiwira Sebenar - Michelle Yeoh Akan Bawa Trofi Pulang Ke Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara