web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Jangan Sebarkan Fitnah!’: Aishah Bidas Kenyataan Sherry Alhadad

Aishah mengakui terluka dengan kenyataan Sherry yang mengatakan pembedahan itu sebagai satu jalan pintas untuk menguruskan badan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 12:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal yang juga merupakan juara Gegar Vaganza musim ke-4 iaitu Aishah telah meluahkan kekecewaannya terhadap pengacara dan pelakon Sherry Alhadad selepas dia dikatakan mengecam pembedahan bariatric.

Aishah tampil mewakili mereka yang pernah melakukan pembedahan bariatrik dengan memuat naik dua buah video di akaun Instagramnya bagi menjelaskan sebab sebenar dia dan yang lain-lain melakukan pembedahan yang mampu menguruskan badan itu.

“Saya rasa terpanggil untuk buat video ini.  Sebagai satu reaksi kepada satu video yang saya tengok.

“Adik Sherry Al Hadad katanya telah menggunakan produk kurus. Alhamdulillah dik, kakak tak rasa teruk tentang itu dan rasa gembira sebab perkara itu menjadikan awak lebih sihat.

“Tapi yang tak sedap sikit bila awak ‘condemn’ pembedahan bariatrik. Awak kata tentang potong usus. Tapi satu fakta yang awak sebut yang sangat-sangat membuatkan kami terluka  apabila awak mengatakan pembedahan ini adalah sebagai jalan mudah.

“Kadang-kadang pembedahan ini adalah satu-satunya jalan untuk kami, jalan terakhir kepada kami yang mempunyai masalah yang boleh mengganggu kesihatan. Awak jangan pukul rata, ini bukan pembedahan kosmetik. Ini adalah untuk tujuan perubatan,” katanya.

Kata pelantun lagu Janji Manismu ini lagi, tidak semua individu boleh melakukan pembedahan ini kerana perlu mempunyai kriteria untuk melayakkan seseorang menjalani prosedur ini.

“Awak ingat buat pembedahan bariatrik ini saja-saja seperti nak buat botox? Awak mesti ada kriteria sama ada berada dalam keadaan obesiti ataupun sebab-sebab lain yang membolehkan anda melakukan pembedahan seperti sakit gastrik.

“Jadi Sherry, tolong jangan sebarkan fitnah mengatakan pembedahan ini merupakan satu jalan mudah. Ini bukan jalan mudah dik.

“Kakak dah lalui pergelutan selama lima tahun. Anda perlu lakukan perubahan yang kekal selamanya. Jadi tolonglah, jika awak mahu jual produk awak, juallah produk anda tetapi jangan perlekeh keputusan orang lain untuk mencari prosedur lain.

“Sekurang-kurangnya pembedahan bariatrik telah lama dilakukan. Orang tahu ada kajian yang dilakukan serta kesan jangka panjang.

“Kadang-kadang bila kita makan produk, adakah anda tahu kesan jangka panjang sesuatu produk itu terhadap buah pinggang dan sebagainya?

“Jadi tolonglah hormati perasaan orang lain. Jika pembedahan bariatrik, bukan jalan yang awak mahukan, awak jangan hina orang lain yang buat keputusan untuk melakukannya kerana awak tak tahu apa sebab-sebab mereka melakukan pembedahan ini. Jangan sebarkan penipuan tentang bariatrik,” pintanya kepada Sherry.

Dalam satu video yang lain, Aishah telah berkongsi sebab-sebab kenapa dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik. Kata Aishah, dia juga takut untuk menjalani pembedahan ini.

“Saya telah lakukan pelbagai cara untuk kurus. Produk apa yang saya tak cuba? Saya pernah berlari 5 kilometer sehari.

“Tetapi berat badan saya tak berkurang satu kilogram pun dalam masa sebulan. Akhirnya badan saya yang sakit.

“Tahap kolesterol saya sangat tinggi. Sebab itu saya ambil keputusan untuk melakukan pembedahan ini. Saya tak mahu sakit, saya tak mahu menyusahkan anak-anak saya. Jika ini adalah salah satu ikhtiar, tak salah untuk saya cuba.

“Saya lakukan pembedahan ini bukan untuk nampak cantik. Saya pun dah tua. Perkara ini melibatkan kesihatan.

“Bukan semua orang boleh buat pembedahan ini. Jika berat anda cuma lebih 10 kilogram sahaja, doktor tak akan benarkan anda lakukan pembedahan ini, anda akan disarankan untuk amalkan diet. Jadi tolong jangan ulas tentang pembedahan ini jika anda tidak mendapat rujukan dari pakar,” jelasnya.

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen dilihat menyokong penjelasan Aishah tentang pembedahan ini malah ada yang pernah melakukan pembedahan yang sama turut berkongsi pengalaman mereka. - Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Impian Jihan Muse Berganding Dengan Sherry Alhadad Jadi Kenyataan Di Pentas AJL37

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

All Together Now Malaysia Musim Kedua Kembali, 250 Peserta Bakal Rebut Gelaran Juara 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ini Senarai 11 Artis Terjun Ke Dunia Politik

4

TARA 2 tahun yang lalu

Sherry, Awal Dan Azad Hangatkan Malam Kemuncak AIM 23 Selaku Hos

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara