web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


15 Tahun Menanti, Akhirnya Impian Naim Hashim Jadi Pembaca Berita TV Arus Perdana Jadi Kenyataan

15 tahun mencuba nasib untuk bergelar pembaca berita TV, akhirnya pada tanggal 2 Januari 2023 Impian Naim Hashim menjadi kenyataan apabila dia bersiaran secara langsung membaca berita di TV9.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 8:00PM

Hasrat untuk menjadi pembaca berita di stesen televisyen utama negara telah wujud dalam dirinya sejak di bangku sekolah lagi. - Gambar Naim Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai berita radio Suria FM dan bakat suara latar (voice over) iaitu Naim Hashim akhirnya berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi pembaca berita utama di stesen televisyen perdana negara selepas 15 tahun.

Naim secara rasmi telah bersiaran secara langsung buat pertama kalinya pada 2 Januari lalu sebagai pembaca berita baharu TV9. 

Menurut Naim atau nama sebenarnya Mohamad Naim Hashim, 35, hasrat untuk menjadi pembaca berita di stesen televisyen utama negara telah wujud dalam dirinya sejak dia di bangku sekolah lagi. Tetapi, baru kini impian itu terlaksana selepas berbelas tahun.

“Selepas melalui pengalaman beberapa kali kena 'reject' sepanjang 15 tahun, akhirnya hari yang paling saya nantikan telah tiba.

“Sebenarnya, dulu nama saya sering melepasi senarai akhir untuk pencarian penyampai berita baharu, namun antara alasan kenapa akhirnya saya ditolak adalah kerana wajah saya yang dikatakan terlalu keanak-keanakan dan kurang sesuai untuk membaca berita,” katanya kepada Getaran.

Disebabkan itu, Naim lebih selesa menjadi pembaca berita di corong radio sejak tahun 2009 di stesen radio Suria FM. 

Kongsi Naim lagi, impiannya hampir menjadi nyata pada satu ketika apabila ditawarkan menjadi penyampai berita di sebuah stesen televisyen, namun disebabkan dia diminta untuk tinggalkan stesen radio, jadi dia terpaksa menolak tawaran itu.

“Tawaran membaca berita di stesen televisyen itu adalah sebagai pembaca sambilan bukannya pembaca tetap. Ketika itu saya memang sudah punya kerjaya tetap di radio. Bila difikirkan semula, saya akur untuk terus kekal di radio dan lepaskan peluang menjadi pembaca berita di stesen berkenaan,” ujarnya.

Ditanya apakah perasaannya saat pertama kali membaca berita secara langsung di kaca televisyen, kata anak kelahiran Muar, Johor ini, dia teruja tetapi tidak terlalu ‘over’.

“Saya rasa jika momen ini berlaku ketika usia saya awal 20-an, mungkin saya akan rasa lebih terkejut dan teruja. Tetapi disebabkan usia sekarang sudah matang, perasaan teruja itu masih ada tetapi tidaklah terlampau. 

“Saya lega kerana hari pertama bersiaran tiada komen tidak enak dari pihak produksi mengenai penyampaian saya. Kata mereka, cara penyampaian saya okay buat pembaca yang pertama kali bersiaran,” kongsinya. 

Kegembiraan ini bukan sahaja pada dirinya, malah pada keluarga yang tahu akan impiannya untuk menjadi pembaca berita sejak sekian lama.

“Mereka tonton kali pertama saya bersiaran di kaca televisyen. Ibu saya siap beri komen dan markah 6/10.

“Ibu saya sejenis orang yang jujur. Kalau tak okay dia akan cakap tak okay. Saya selalu gunakan pendapatnya untuk buat lebih baik. 

“Bagus juga ada orang yang tolong komen, jadi saya tidaklah selalu berada di dalam keadaan yang selesa,” katanya yang turut mendapat komen balas daripada penyampai berita senior. 

Menjadi pembaca berita di TV9 tidak bermakna Naim bakal tinggalkan kerjayanya di stesen radio Suria FM kerana wajahnya hanya akan muncul di kaca televisyen seminggu sekali sahaja. 

Membaca berita di corong radio dan di kaca televisyen semestinya punya banyak perbezaan kerana berlainan medium. Kata Naim dia perlu hadir awal ke studio untuk membuat persediaan sebelum bersiaran pada jam 7 malam.

“Untuk membaca berita di kaca televisyen memerlukan lebih banyak proses. Walaupun anda bersiaran pada sebelah malam, tetapi pukul 3.30 atau 4 petang sudah perlu ada di studio kerana anda perlu lakukan proses memasukkan suara (voice over) terlebih dahulu untuk berita-berita yang akan disiarkan. Kemudian perlu lalui proses dandanan sebelum bersiaran,” kongsinya.

Ditanya apakah cabaran serta kerisauannya sebagai seorang penyampai berita, kata Naim antaranya adalah sebutan nama seseorang. 

“Waktu hari pertama bersiaran ada dua berita yang saya perlu baca semula sewaktu sesi memasukkan suara kerana tersalah sebut nama atlet. 

Naim Hashim - Gambar Naim Hashim
Naim Hashim - Gambar Naim Hashim

Kadang-kadang mungkin sebutan sesuatu perkataan atau nama di sini berbeza dengan negara luar. 

“Saya juga risau andai kata penyampaian saya kedengaran salah. Kadang-kadang susunan ayat juga boleh menyebabkan penonton menerima apa yang kita cuba sampaikan secara berbeza,” jelasnya.

Naim juga memberi pesan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai impian untuk bergelar pembaca berita supaya tidak mudah berputus asa dan teruskan mencuba andai pernah gagal dalam beberapa percubaan kerana dia juga mengambil masa 15 tahun untuk mencapai impiannya. – Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

‘Janji Happy’ Tawar Wang Tunai Sehingga RM9,000

2

TARA 1 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

My #Qurantime 2.0: Bawa Penonton Hayati Pengembaraan Bersama Al-Quran, Sebanyak 2,114 Episod 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

TV9 Siar Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara