web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukan FINAS Luluskan Filem Pulau Tapi...

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 8:30PM

Filem tersebut bukan berada di bawah tanggungjawab FINAS kerana garis panduan penerbitan tertakluk kepada bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menafikan terbabit meluluskan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana mengandungi adegan panas dan lucah.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata, filem tersebut bukan berada di bawah tanggungjawab FINAS kerana garis panduan penerbitan tertakluk kepada bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

"FINAS mengambil maklum berhubung isu trailer filem Pulau yang tular dalam media sosial ketika ini dan memaparkan beberapa adegan keterlaluan.

“Babak seperti itu tidak wajar dilakonkan kerana jelas ia tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat negara ini,” katanya menerusi kenyataan.

Md Nasir berkata, kelulusan tayangan tertakluk di bawah Akta Penapisan Filem 2002 yang turut dikenali sebagai Akta 620 dan berada di bawah bidang kuasa LPF.

“Filem tersebut menerima kelulusan LPF pada September tahun lalu dan bermakna semua adegan lulus untuk ditayangkan,” katanya.

Ujar beliau, penapisan filem dilaksanakan tiga Ahli Lembaga Penapis dan keputusan panel selepas itu akan diserahkan untuk pertimbangan Pengerusi atau Naib Pengerusi Lembaga Penapisan.

“Sesuatu pertimbangan itu dibuat berdasarkan peraturan dan kriteria ditetapkan tiga dokumen asas iaitu Akta Penapisan Filem, Garis Panduan Penapisan Filem dan Panduan Khusus Penapisan Filem.

"Filem adalah antara platform terbaik untuk menyemai semangat toleransi, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama serta bangsa,” katanya.

FINAS jelas Md Nasir, tidak menghalang atau menyekat usaha mana-mana pihak untuk mengeluar dan menerbitkan karya seni sebagaimana termaktub dalam Akta FINAS 1981 yang turut dikenali sebagai Akta 244.

“Ia termasuk Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Lesen Pengeluaran Filem (PF) dan Lesen Pengedaran Filem (DF) serta mana-mana akta perundangan kerajaan Malaysia yang sedang berkuatkuasa," katanya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, FINAS boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen berkenaan disabitkan dengan kesalahan berkaitan kecurangan, penipuan atau keburukan akhlak.

“Tindakan sewajarnya akan diambil Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6 (2).

"Sehubungan itu, FINAS menasihatkan agar penggiat seni lebih sensitif dan berhati-hati dalam penghasilan sesuatu karya kreatif dan mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan,” katanya.

Filem Pulau yang diterbitkan My Way Pictures dengan kerjasama Film Force Studios bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.

Ia menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Namron, Amelia Henderson, bekas ratu cantik, Sanjna Suri dan bintang pornografi dalam talian, Siew Pui Yi.

Walaupun majoriti netizen mengkritik trailer filem itu, ia masih menerima sokongan segelintir individu yang berkata, orang ramai boleh memilih untuk tidak menonton filem tersebut jika adegan panas berkenaan membuatkan mereka tidak selesa. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara