web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘I Love You Mr Clown’ - Angkat Kisah Wanita Yang Fobia Dengan Badut Tetapi Kemudian Jatuh Cinta 

Drama bersiri 13 episod ini menampilkan pasangan pelakon wajah baharu iaitu Nabil Aqil dan Yuna Rahim sebagai teraju utama. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 7:11PM

Nabil Aqil dan Yuna Rahim dipilih sebagai teraju utama drama ‘I Love You Mr Clown’. - Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wanita yang fobia terhadap badut sejak zaman kanak-kanaknya, tetapi kemudian jatuh cinta terhadap pekerja badut sambilan untuk program amal menjadi subjek taruhan dalam drama ‘I Love You Mr Clown’. 

Drama bersiri terbitan Arie Zahari Production ini mula menghiasi slot Lestary TV3 sejak 27 Januari lalu,  yang lazimnya memaparkan kisah-kisah romantik dan persahabatan.

Diarahkan Amie Maziah berdasarkan skrip tulisan bersama Jue Kassim dan Ramlah Rashid, drama bersiri 13 episod ini menampilkan pasangan pelakon wajah baharu iaitu Nabil Aqil serta Yuna Rahim sebagai teraju utama. 

‘I Love You Mr Clown’ membawa kisah Fariz (Nabil Aqil) bekerja sambilan sebagai seorang badut program amal yang menghiburkan pengunjung pusat membeli belah bagi mengutip dana persatuan kanak-kanak kanser. 

Nisa (Yuna Rahim) pula seorang gadis yang telah menamatkan pengajian selama 6 bulan dan mula berasa resah apabila semua temuduga yang dihadirinya gagal mendapatkannya kerja tetap di mana-mana syarikat. Nisa ingin berdikari dan mencari kerja di luar perniagaan keluarganya tapi masih tidak berjaya. 

Keresahan Nisa bertambah apabila fobianya terhadap badut semakin teruk. Ia telah mengganggu tidurnya selepas dikejar badut di sebuah pusat membeli belah. 

Tambahan pula, bapa Nisa mempunyai musuh yang hendak membalas dendam kepadanya menerusi Nisa. 

Walau pelbagai insiden terjadi, namun ada seorang badut yang sering berada di tempat kejadian untuk menyelamatkan Nisa. Siapakah gerangan orang tersebut? 

Dapatkah Nisa dan Fariz lari dari insiden yang menghantui mereka ini? Bolehkah Nisa melepaskan dirinya daripada ketakutan akan badut itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa? 

Menggantikan drama bersiri, Bawah Blok yang ditayangkan di Slot Lestary sebelum ini, ‘I Love You Mr Clown’ turut menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Seri Eizlan Yusof, Farisha Irwayu, Natasha Elyzza dan Alif Hadi.

Jangan lupa saksikan 'I Love You, Mr Clown' pada setiap Rabu hingga Sabtu, jam  9.00 malam di slot Lestary TV3 atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my. – Getaran, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Gaya Di Getaran Ep. 40: 5 Soalan ‘Grooming’ Bersama Nabil Aqil

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Diari Seorang Suami' Papar Kisah Suami Isteri Remaja

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sejenak Bersama Wajah TARA - Nadhir Nasar & Nabil Aqil

4

TARA 2 tahun yang lalu

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara