web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Didi & Friends The Movie’ Hadiah Buat Penyokong Sejak 11 Tahun Lalu - Hael Husaini Pinjam Suara Watak Pak Beruang

Bintang terkenal tanah air lain telah menyumbangkan suara bagi menggerakkan watak-watak dalam ‘Didi & Friends The Movie’ termasuk Datuk Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee), Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra).

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 6:18PM

'Didi & Friends The Movie' bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini - Gambar ihsan Didi & Friends

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri animasi popular ‘Didi & Friends’ terus melangkah jauh mengukuhkan jenamanya sebagai animasi terbaik tempatan apabila ia dipersembahkan dalam medium filem buat julung kalinya.

Penuh dengan aksi hiburan, Didi & Friends The Movie bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairul Sofian berkata, Didi & Friends The Movie adalah sebuah filem unik dengan penceritaan penuh teladan serta cabaran aksi pengembaraan.

“Filem ini amat berbeza sekali dengan siri televisyen yang pernah diterbitkan dari sudut texturing, rigging, modelling, animasi, warna tema dan lain-lain lagi.

“Selain unsur teknikal, Didi & Friends The Movie juga menampilkan lagu-lagu baharu yang dikarang pengarah muzik terkenal, diiringi pemuzik Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), menjadikan lagu-lagu segar dan mudah dinikmati,” ujarnya.

Dengan durasi filem 104 minit, penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, malah animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo.

Lebih menarik, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini turut memperkenalkan watak-watak baharu seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee, Tok Chip. 

Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi menggerakkan watak-watak baharu dalam filem ini seperti Datuk Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee), Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra).

Uniknya, kesemua watak dalam filem ini direka dalam bentuk haiwan terancam di Malaysia seperti harimau belang, cipan, enggang, badak sumbu dan banyak lagi.

Selain itu, bagi memeriahkan filem pertama animasi popular ini, penyanyi popular Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang.

Bukan hanya menjadi watak latar dalam watak Pak Beruang, Hael juga menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk ‘Luar Biasa’. 

Selain, lagu nyanyian Hael, filem Didi & Friends The Movie turut dimuatkan juga lagu 'Kembali Bersama' yang dinyanyikan kumpulan Modescape.

Kesemua 11 lagu baru yang dihidangkan juga mampu membuat penonton menyanyi bersama (‘sing along’). Istimewanya, lagu-lagu itu diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail pula berkata, sejak bermulanya ‘Didi & Friends’ pada tahun 2012, memang menjadi impian produksi Digital Durian untuk menghasilkan Didi & Friends The Movie.

Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi menggerakkan watak-watak baharu dalam filem ini seperti Datuk Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee), Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra)
Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi menggerakkan watak-watak baharu dalam filem ini seperti Datuk Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee), Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra)

“Dari lagu kanak-kanak di YouTube, ke cerita berepisod di Astro Ceria, kemudian Konsert Hora Horey Live yang ‘sold out’, dan kini akhirnya, Didi & Friends The Movie. Ini hadiah daripada kami untuk jutaan peminat ‘Didi & Friends’ yang menyokong kami sejak 11 tahun yang lepas,” ujarnya.

Istimewa buat peminat, tiket filem Didi & Friends The Movie boleh mula dibeli pada 15 Februari lalu di 155 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bagi tayangan rasminya pada 23 Februari nanti. 

Selain itu, temui maskot ‘Didi & Friends’ serta sertai aktiviti menarik menerusi siri jelajah Didi & Friends The Movie pada 24, 25, 26 Februari di pawagam terpilih Utara dan Selatan, 3, 4, 5 Mac di negeri Pantai Timur dan Lembah Klang, serta sekali lagi di Lembah Klang pada 10, 11, 12 Mac.  - Getaran, 20 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Terokai Ladang Didi & Friends Di MAHA 2022

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

K-KOMM Lancar Geran Kandungan Digital Bagi 2022

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Meriahnya Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends!

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Hiburan Khas Buat Anak-Anak Bulan Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara