web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terokai Ladang Didi & Friends Di MAHA 2022

Sertai pelbagai aktiviti ladang menarik dan saksikan persembahan mini muzik Didi & Friends!

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 9:33AM

Ladang Didi & Friends diadakan untuk memupuk minat kanak-kanak Malaysia dalam bidang pertanian - Gambar ihsan Astro Malaysia

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Para peminat siri animasi terkenal, Didi & Friends boleh berkunjung ke Ladang Didi & Friends yang akan berlangsung di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia 2022 (MAHA 2022) pada 4 hingga 14 Ogos 2022. 

Bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, pameran ini akan bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Ladang Didi & Friends ini diadakan untuk memupuk minat kanak-kanak Malaysia dalam bidang pertanian.

Dengan tema ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’, pameran ini ingin menyerapkan mesej ini menerusi minat mereka terhadap Didi & Friends dalam bentuk persembahan mini muzikal.

“Buat pertama kalinya, Didi & Friends menyertai pameran MAHA 2022 ini dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang bukan sahaja memberi mereka pengalaman, malah memberi mereka pelajaran tentang kepentingan pertanian,” kata Izrol Izzuddin selaku wakil Astro Ceria.

Aktiviti kemuncak Ladang Didi ialah persembahan muzikal mini Didi & Friends yang bertemakan ‘Ladang Pak Atan’ - Gambar ihsan Astro Malaysia
Aktiviti kemuncak Ladang Didi ialah persembahan muzikal mini Didi & Friends yang bertemakan ‘Ladang Pak Atan’ - Gambar ihsan Astro Malaysia

Berkonsepkan ‘edutainment’, ia mendidik kanak-kanak tentang kepentingan pertanian dan industri makanan dengan mempersembahkannya dalam bentuk hiburan dengan suasana ladang serta pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bersama watak-watak Didi & Friends.

Antaranya, ‘Pekan Horey’ yang menawarkan barisan gerai barangan eksklusif dan tawaran jualan istimewa Didi & Friends termasuk barangan permainan, cenderamata, makanan dan minuman.

Aktiviti kemuncak pula ialah persembahan muzikal mini Didi & Friends yang bertemakan ‘Ladang Pak Atan’. Ibu bapa bersama anak-anak mereka boleh menyanyi sambil menari bersama watak-watak Didi & Friends dengan lagu-lagu yang mengetengahkan kepentingan pertanian.

Muzikal mini ini akan berlangsung selama 30 minit pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja sepanjang pameran dan akan dibahagikan kepada lima slot bermula jam 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang, 6 petang dan 8 malam.

Tiket boleh didapati di pintu masuk pameran atau di ticket2u.com.my dengan harga RM32 untuk tiket VIP (tempat duduk eksklusif dan sesi temuramah bersama Didi & Friends) dan RM12 untuk tiket biasa. Kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak yang berumur 1 tahun dan ke bawah.

Ladang Didi & Friends ini dianjurkan Kelab MAFI dengan kerjasama Astro Malaysia dan Warnakala Studio Sdn Bhd. – Getaran, 4 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘Didi & Friends The Movie’ Hadiah Buat Penyokong Sejak 11 Tahun Lalu - Hael Husaini Pinjam Suara Watak Pak Beruang

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

K-KOMM Lancar Geran Kandungan Digital Bagi 2022

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Meriahnya Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends!

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Hiburan Khas Buat Anak-Anak Bulan Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 19 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN