web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Unsur Bias, Kami Kaji Dokumen Asal Sejarah Sarawak – Penerbit Filem Rajah

Penerbit filem Rajah, Rob Allyn berkata, pihaknya turut mendapatkan khidmat nasihat daripada FINAS dan kementerian yang berkaitan. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 8:00PM

Rob Allyn (paling kanan) - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit filem Rajah, Rob Allyn menyangkal tuduhan beberapa pihak yang mendakwa filem berkenaan membawa naratif sejarah negeri Sarawak yang menyimpang daripada dokumen asal. 

Menurutnya, bagi mengelakkan skrip filem menjadi berat sebelah, pihaknya telah melakukan kajian terperinci daripada dokumen asal sejarah negeri Sarawak. 

Tambahan pula, ujar Rob, filem ini telah mendapat nasihat daripada FINAS dan jawatan kuasa tinggi Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak.

Barisan pelakon Rajah dan Rob Allyn (paling kanan). - Gambar Oleh Wafa Aula
Barisan pelakon Rajah dan Rob Allyn (paling kanan). - Gambar Oleh Wafa Aula

“Semuanya dimulakan dengan kajian melibatkan dokumen asal sejarah Sarawak. Kajian ini melibatkan masyarakat Malaysia, masyarakat Sarawak juga keluarga Brooke Heritage Trust.

“Dari aspek barisan pelakon pula, kami melibatkan pelakon Malaysia dan pelakon asli Sarawak. 

“Contohnya pelakon Peter John yang terlibat dalam filem ini yang membawa watak Orang Kaya. Sebenarnya dia merupakan keturunan Orang Kaya, jadi dia membawakan kembali watak moyangnya di dalam filem ini. 

“Bukan itu sahaja, Peter juga merupakan seorang aktivis yang memperjuangkan hak orang asli Sarawak. 

“Jadi dia mempunyai banyak pengetahuan berkenaan Sarawak selain membantu kami menterjemah filem ini kepada lima bahasa iaitu English, Melayu, Dayak, Cina, dan Arab,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis tayangan perdana filem Rajah.

Terdahulu, Borneo Post menyiarkan komen daripada wakil penduduk Sarawak yang mengatakan filem Rajah gagal membawakan tokoh penting Sarawak seperti Pangiran Muda Hashim.

Bukan itu sahaja, mereka turut mendakwa filem Rajah yang memaparkan perjalanan Brooke bergelar raja putih pertama Sarawak telah diputarbelit  dan disifatkan sebagai filem yang mengecewakan. - Getaran, 14 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara