web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kluster Pawagam, Kenapa Wayang Tutup, Tetapi Kilang Tidak?

#SaveCinemas: TGV dan GSC persoalkan kewajaran SOP penutupan pawagam di Twitter.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 3:12PM

Gambar: Syeda Imran

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, heboh di media sosial tentang ciapan di Twitter daripada dua syarikat pawagam gergasi di Malaysia, TGV Cinemas (TGV) dan GSC Cinemas (GSC) tentang kewajaran penutupan panggung wayang di seluruh Malaysia.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP 3.0) ketiga yang berkuatkuasa sepanjang 6 Mei 2021 hingga 17 Mei 2021 ini, panggung wayang di seluruh negara diarahkan berhenti beroperasi serta merta. 

Sesuatu yang tidak pernah dijangka semua, keputusan mengejut ini berjaya membuatkan ‘seteru’ dalam bidang sinema tempatan ini iaitu GSC dan TGV bersatu dan berganding bahu mempersoalkan kewajaran arahan tersebut.

Menurut ciapan tersebut, kedua-duanya bersetuju industri perfileman dan pawagam tidak menyumbang sebarang kes atau kluster dalam statistik ‘Pecahan Penyumbang Kes COVID-19 dari Kluster di Malaysia’ yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

TGV dan GSC juga berpadu suara menyuarakan kewajaran penutupan pawagam, sedangkan sektor perkilangan selaku sektor yang paling banyak menyumbang kepada kes COVID-19 (50% kes) di Malaysia dibenarkan beroperasi. 

Kedua-dua syarikat pawagam ini turut meluahkan kegusaran tentang kebajikan dan masa hadapan 20 ribu pekerja mereka yang turut terjejas akibat pelaksanaan arahan penutupan ini. 

Kedua-dua ciapan TGV dan GSC itu mendapat lebih lima ribu ulang siar (setakat artikel ini ditulis) daripada pengguna-pengguna Twitter di Malaysia yang turut menyokong tanda pagar #SaveCinemas sebagai tanda solidariti mereka kepada TGV dan GSC. 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Membawa kepada persoalan, wajarkah sebenarnya pawagam dibenarkan beroperasi? Apa kata anda? – Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara