web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mira Filzah Bak Puteri Khayalan!

Sedia terpesona melihat koleksi kolaborasi terbaru - Lilit x Mira Filzah: Whimsical Collection.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 8:51AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mempesona! Itu frasa paling cocok bagi menggambarkan koleksi kolaborasi terbaru, Lilit X Mira Filzah: Whimsical Collection. 

Koleksi ini menampilkan rangkaian pakaian santai mesra muslimah dihiasi dengan cetakan ‘khayalan’ dan warna pastel lembut yang menyanjungi setiap siluet. 

Whimsical Collection ini diilhamkan daripada keperibadian Mira Filzah sendiri. Ia membangkitkan rasa manis dan gembira yang ingin dikecapi semua.

 Melaluinya, Lilit memancarkan aura Mira sebagai sepohon anggur yang menjalar tetapi tetap sahaja membumi, walau setinggi mana pun ia mencapai sinaran mentari. Ia menzahirkan sisi rendah diri Mira Filzah. 

Koleksi ini juga berkisar keperibadian Mira yang sederhana, kemudian diterjemahkan pula ke dalam cetakan ceria bagi membangkitkan rasa muda dan harapan persis sang rama-rama yang terbang bebas.

Sesuai dengan prinsip keselesaan dan kesederhanaan reka bentuk keluaran Lilit, koleksi ini menawarkan koleksi pakaian santai dengan potongan bergaris sesuai dan bentuk kembang berwarna pastel nan mendamaikan.

Mendapat inspirasi daripada masam manisnya kehidupan, dengan situasi pandemik yang belum berkesudahan,  Mira Filzah’s Whimsical Collection menjemput kita untuk mencari jalan keluar dengan penuh stail. 

Koleksi ini menampilkan kemeja asimetri, baju anjal berkolar, lisu bertindih, skirt sutera, tudung bawal bercetak, selendang dan hijab serta pelitup muka kain cucian semula yang berharga antara RM39 sehingga RM199 seunit di semua butik Lilit.

Layari Lilit untuk maklumat lanjut. - Getaran, 7 September 2021

Semua gambar: LILIT

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Mira Filzah Wajah Terbaharu Cetaphil Malaysia

3

TARA 1 tahun yang lalu

Koleksi Denim Made For All Untuk Semua Wanita, Tak Lapuk Ditelan Zaman

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakaian Jururawat Terlalu Ketat, MP Kuantan Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN