web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sambut Hari Malaysia Dengan Selamat Dan Penuh Stail!

Larney lancar koleksi 'The Revived Pleats' - koleksi gaun dan pelitup muka berlisu eksklusif.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 1:53PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Enggan mengalah dengan kehambaran ekonomi kesan pandemik global yang berlarutan ini, Larney menyambut kegemilangan Hari Malaysia dengan koleksi The Revived Pleats. 

Rekaan sofistikated dan feminin, koleksi ini menampilkan gaun wanita dan pelitup muka berlisu (pleated) berpadanan yang dicipta khas untuk mereka yang bercita rasa tinggi. 

Menurut pengasasnya, Zura Zabidi, “Kami membawakan tiga rekaan gaun berlisu (pleated dress) dalam pilihan warna-warna dramatik seperti zamrud, bandung dan merah padam, sehinggalah ke warna-warna tanah dan monokromatik seperti coklat, krim dan hitam.

“Sengaja kami berikan pilihan warna yang pelbagai agar ia dapat memberikan variasi untuk penggayaan. Ia boleh juga dipadankan dengan apa sahaja item lain daripada koleksi peribadi si pemakai agar bersesuaian dengan gaya hidup dan juga stail peribadi mereka,” katanya. 

The Revived Pleats dilancarkan khas sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang disambut pada 31 Ogos hingga 16 September setiap tahun. 

“Tempoh hampir dua tahun ini amat sukar bagi kebanyakan penduduk dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Ketabahan negara dan kekuatan serta kesabaran rakyatnya, bagi saya koleksi ini mewakili semangat patriotik terhadap Malaysia yang dicintai,” tambah Zura lagi. 

Menggunakan kain perdana jenis berlisu, Zura percaya The Revived Pleats akan diterima baik oleh semua penggemar fesyen negara terutamanya wanita yang mementingkan penampilan ringkas, selesa dan selamat.

“Kami telah membuat beberapa penambahbaikan dan koleksi ini dihasilkan dengan kemas oleh seramai 13 tukang jahit profesional,” katanya.

Turut menjadi sebahagian daripada koleksi The Revived Pleats adalah pelitup muka. Dinamakan Freedom Pleated Face Mask, pelitup muka ini hadir dalam tiga rekaan dengan pilihan ear loop atau head loop yang sesuai untuk golongan berhijab. 

“Gaun dan pelitup muka dijual berasingan. Walaupun pelitup muka ini berpadanan dengan gaun The Revived Pleats, tetapi ia juga boleh dipakai oleh golongan lelaki. Harapan saya agar peminat fesyen tidak berputus asa dan terima kasih atas segalanya,” ucap Zura menutup bicara. 

Harga The Revived Pleats bermula dari RM229 sehingga RM289. Freedom Pleated Face Mask pula berharga RM45. Koleksi ini boleh didapati di dalam talian di laman sesawang Larney atau butik fizikal Larney di Ampang, Isetan KLCC atau Setia City Mall.

Layari Larney untuk maklumat lanjut. - Getaran, 14 September 2021

Semua gambar: Larney

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: Calon, Petugas Guna Pelitup Muka Jika Ada Gejala Influenza

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKM Galak Pakai Pelitup Muka, Tiada SOP Baharu Dikeluarkan - Dr Zaliha

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penularan Varian Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN