web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berkunjung Ke Butik Adi Busana Balmain Pertama Di Malaysia

Selangkah ke Butik Balmain perdana di The Starhill, Bukit Bintang.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 4:34PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rumah fesyen Parisian, Balmain Paris dengan bangganya mengumumkan pembukaan butik pertamanya di Kuala Lumpur, Malaysia.

Terletak di The Starhill, butik perdana berkeluasan 162 meter persegi ini senang menyertai barisan rumah fesyen terkemuka lain di Jalan Bukit Bintang. 

Rekaan dalamannya diilhamkan oleh pengarah kreatif, Olivier Rousteing dengan kerjasama tiga arkitek muda dari Perancis, Anna Philippou, Marie-Charlotte dan Victoire Guerlay. 

Sejak pengasas, Pierre Balmain mempersembahkan ‘New French Style’ pada 1945, rumah fesyen yang satu ini tidak pernah berhenti menampilkan konsep fesyen yang segar, berani dan feminin. 

Dan, pada 2011, Rousteing meneruskan legasi tetapi tetap setia pada tekadnya untuk mereka cipta busana yang mencerminkan apa yang peminat fesyen global mahukan pada hari ini. 

Hasilnya? Satu siluet yang unik. Busana Balmain yang stail dan ikonik. Menonjolkan sifat atelier Balmain, sementara secara konsisten merujuk pada gaya Parisian yang kaya. 

“Tentunya, saya tahu Kuala Lumpur juga mempunyai ‘askar Balmain’ (peminat) yang sudah sedia mengenali rekaan kami di Pentas Minggu Fesyen Paris.

“Dengan itu, saya teruja mempersembahkan helaian-helaian Balmain yang diambil langsung dari koleksi terbaharu kepada pencinta fesyen di bandar raya ini,” ucap Rousteing. 

Rekaan dalaman butik ini membahas sedikit sejarah unik Balmain. Sebagai contoh, ia membangkitkan semangat pangsapuri gaya klasik Paris. 

Untuk butik pertama di Kuala Lumpur ini, Rousteing mengarahkan arkitek dari Studio AMV untuk memberi fokus kepada asal usul Perancis. 

“Rousteing mahu menegaskan keberadaan Balmain Paris,” jelas Anna Philippou.

“Dia menerangkan dengan jelas yang dia mahukan jenama ini ‘membawa’ ibu kota Perancis itu sendiri ke seluruh pelosok dunia supaya peminat merasakan atmosfera yang sama dengan Paris.

Tambah Anna, “Rousteing juga ingin memastikan setiap proses rekaan dalaman butik ini mestilah bernafas moden bagi menghindari rekaan-rekaan klise”. 

Dalam segala hal, reka bentuk dalaman butik Balmain ini mengetengahkan prinsip di sebalik setiap helaian Balmain. 

Lantai parquet, cetakan, langsir dan cermin terpampang jelas elemen klasik. Seterusnya, Anna dan pasukannya memadukan elemen moden kerana tidak mahu butik tampak terlalu ‘kaku’. 

Walaupun Rousteing dan Anna bermain dengan rujukan sejarah Perancis, mereka memastikan reka bentuk dalaman butik masih terlihat moden dan elegan. 

Setibanya di butik ini, pengunjung bakal disajikan dengan hamparan koleksi busana lelaki dan wanita, sepatu-sepatu perdana, pilihan beg dan tas tangan mewah serta item kolaborasi Balmain. 

Menyantuni konsep moden bertemu warisan, kebanyakan koleksi didatangi dengan cetakan dan pola labirin yang memukau, dicipta oleh Pierre Balmain sendiri, lebih 50 tahun lalu. 

Paling istimewa, Butik Balmain cawangan Kuala Lumpur ini memadankan harga barangannya dengan harga Balmain di Eropah untuk setiap jualan. - Getaran, 19 Oktober 2021

 Semua gambar: Balmain Paris

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN