web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kuala Lumpur Fashion Week 2021 Kembali Bersinar!

#KLFW2021 kembali berlangsung dari 1 sehingga 7 November 2021 secara maya dan fizikal.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 8:43AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (#KLFW2021) kembali melangsungkan acara minggu fesyen terbesar di Malaysia selama seminggu, bermula secara maya mulai 1 sehingga 2 November dan secara fizikal pada 7 November 2021 di Pavilion KL. 

Penganjuran tahun kesembilan pentas peragaan ini akan menampilkan 48 pereka fesyen tempatan, masing-masing bakal memperlihatkan koleksi sedia-pakai (ready-to-wear) mereka secara digital dan fizikal.

Dengan situasi semasa negara yang sedang berada dalam peralihan dari pandemik ke endemik, #KLFW2021 bersedia memperkenalkan semula trend fesyen terbesar dan tercanggih di Malaysia.

“Sudah tentu kami telah melalui fasa-fasa yang sukar. Walaupun jalan pemulihan tidak mudah, kita akan sentiasa menghadapinya bersama.

“Saya gembira melihat pereka fesyen bersama kami, sanggup bertahan dan membangunkan semula jenama mereka,” kata Andrew Tan, pengasas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).

Sebanyak 26 pertunjukan fesyen secara fizikal akan mengambil tempat di Pavilion KL, sementara 12 pertunjukan fesyen akan dijalankan secara maya untuk #KLFW2021. 

“Lexus, Samsung dan Ambank merupakan penaja-penaja utama kami tahun ini. 

“Setiap satu dari syarikat-syarikat ini bukan hanya menyokong dari segi kewangan, malah saya percaya mereka mampu menawarkan sesuatu yang istimewa, yang bakal mengubah cara kita bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan teknologi,” ujar Tan. 

Semenjak 2013, KLFW telah menjadi wahana utama buat para pereka dan komuniti fesyen tempatan untuk mengekspresi diri sambil meraikan koleksi-koleksi fesyen rekaan anak watan. 

Dengan tema ‘wear local, dress global’, KLFW telah mendorong ramai pereka fesyen muda Malaysia untuk berkembang di persada fesyen antarabangsa, sementara membina tapak fesyen yang kukuh di dalam negara. 

Sama ada koleksi sedia-pakai, adi busana avant-garde atau athleisure, KLFW menjadi tunjang utama fesyen di Malaysia dengan memperagakan semua jenis gaya dan stail di atas pentas peragaan ikonik di tengah-tengah ruang legar Pavilion KL.

#KLFW2021 ditaja oleh Lexus, Samsung dan Ambank, masing-masing membawa kepakaran bidang mereka untuk disumbangkan kepada industri fesyen Malaysia. – Getaran, 26 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

2

Gaya 1 minggu yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

3

Gaya 2 minggu yang lalu

Stor Perdana Puma Malaysia Di Sunway Pyramid Terbesar Di ASEAN

4

Gaya 3 minggu yang lalu

Haruman Memikat Dari London, Ormonde Jayne Perkenal Siri Montabaco 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN