web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Alami Sensasi 3 Produk Kecantikan Jepun

Ainz & Tulpe menjemput para penggemar produk kecantikan Jepun ke gedung baharunya.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 11:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ainz & Tulpe (A&T) mengalu-alukan ketibaan para penggemar produk kecantikan ke gedung baharunya di Bukit Jalil Tsutaya Books di Pavilion Bukit Jalil.

Pertama seumpamanya di Asia Tenggara, A&T bakal membawakan rangkaian produk kecantikan Jepun dengan penawaran 4000 produk daripada 250 jenama unik dari negara matahari terbit itu.

Ia merangkumi produk penjagaan kulit, peralatan solek serta fesyen, “Kami merasa teruja untuk memperkenalkan produk-produk kecantikan dan kosmetik buatan Jepun ini ke pasaran Malaysia.

“Kami percaya produk kami setanding, malah mungkin lebih baik berbanding dengan jenama penjagaan kulit dan kecantikan dari negara-negara lain.

“Marilah mencuba produk-produk buatan Jepun, khas untuk keperluan kecantikan anda. Matlamat kami ingin membantu menyerlahkan kecantikan dalaman pelanggan setia kami.

“Saya berharap agar setiap orang dapat menemui semula versi terbaik diri mereka apabila menggunakan produk kami,” kata Kimei Rieko, Ketua Pegawai Eksekutif AMC Retail Malaysia.

Tambahnya, gedung pertama di luar Jepun ini bakal membuka jalan kepada lebih banyak gedung-gedung antarabangsa di masa akan datang.

Setakat ini, lima buah lagi gedung A&T bakal dibuka di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang, “Matlamat kami ialah untuk membawa jenama Jepun ini ke Malaysia.

“Bukan sekadar gedung dan produk, malah kami ingin membawa pengalaman menyeluruh dan suasana membeli-belah seperti mana di Jepun.

“Kami ingin anda dapat menikmati pengalaman membeli-belah ala Jepun dengan sepenuhnya di Malaysia,” jelasnya.

Gedung ini juga berhasrat untuk memberi pendedahan dan pelajaran kepada para pengunjung berkenaan trend kecantikan dan kosmetik Jepun terkini. 

Meningkatkan kesedaran berkenaan produk kosmetik Jepun dalam rutin penjagaan kulit yang ringkas, pembantu-pembantu stor sentasa bersedia untuk membantu dan memberi bimbingan.

Kini anda boleh mengetahui dengan lebih mendalam tentang pelbagai produk kecantikan dengan rumusan yang unik dan tekstur lembut untuk memelihara kulit.

3 Produk Kecantikan A&T Pilihan Getaran

#1 Ayura

Ayura berjaya meraih anugerah kecantikan antarabangsa untuk produk terlarisnya iaitu Ayura Clear Refiner dan Ayura Balancing Primer.

Dipetik daripada perkataan Sanskrit, ‘Ayus’ bermaksud kehidupan.

Dengan meningkatkan kesejahteraan dalaman, jenama ini mempunyai matlamat untuk menyebarkan elemen positif dan harmoni sesama insan, alam semula jadi dan alam semesta.

Setiap produknya diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuan semula jadi yang dirumus dengan rapi, menjadikannya amat sesuai untuk kulit sensitif.

#2 Lips & Hips

Meraikan kewanitaan dan kegembiraan dengan haruman dalam bungkusan yang menarik. Ia diperbuat daripada ramuan-ramuan untuk kelembutan kulit. 

Lips & Hips tidak pernah gagal untuk menyuntik sensasi kemanisan di dalam produknya bagi menceriakan hari anda.

Cubalah krim tangan terlaris yang melembapkan dan tersedia dalam empat haruman yang mempesonakan seperti Lily Bergamot, Savon, Romance Bouquet dan Fruity Rose.

#3 Dazzshop

Sementara itu, serlahkan kecantikan mata anda dengan pilihan rona-rona yang tiada bandingannya untuk solekan mata. 

Dengan Dazzshop, anda pastinya berasa kagum dengan jenama solekan mata berkualiti tinggi ini kerana ia tidak pernah gagal untuk menghasilkan solekan mata yang memukau.

Salah satu produk terlaris yang mesti dicuba ialah Dazzshop Sparking Gem iaitu pembayang mata berkrim, mewah dan berpigmen yang mudah dicampurkan dan tahan lama.

Layari Ainz & Tulpe untuk maklumat lanjut. - Getaran, 24 Mei 2022

Gambar: Ainz & Tulpe

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

2

Gaya 4 bulan yang lalu

Jom Raikan Hari Ibu di Pavilion Bukit Jalil, Pelbagai Pilihan Menanti

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

4

Gaya 6 bulan yang lalu

'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN