web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jika ke Pantai, Jangan Abaikan Pemakaian Krim Pelindung Matahari

Salah satu krim pelindung matahari yang boleh anda dapatkan di pasaran ialah jenama Allie daripada Kanebo. Produk asal dari Jepun ini punya rangkaian atau koleksi ‘mesra-pantai’ (beach friendly) yang boleh dipercayai untuk melindungi kulit anda daripada selaran matahari.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 2:00PM

Sejak dilancarakan pada tahun 2000, produk asal dari Jepun ini punya rangkaian atau koleksi ‘mesra-pantai’ yang boleh dipercayai untuk melindungi kulit anda daripada selaran matahari.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selalunya apabila anda ingin bercuti ke pantai, apakah barangan yang mesti anda bawa bagi memastikan percutian berjalan dengan lancar?

Selain baju renang, topi, pareo dan kaca mata hitam, jangan lupa bawa krim pelindung matahari. Produk penjagaan kulit ini sangat penting bagi mengelak masalah selaran matahari yang boleh mengundang bahaya.

Seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, krim pelindung matahari adalah sangat penting berbanding produk penjagaan kulit yang lain.

Krim pelindung matahari sangat penting bagi mengelak masalah selaran matahari yang boleh mengundang bahaya.
Krim pelindung matahari sangat penting bagi mengelak masalah selaran matahari yang boleh mengundang bahaya.

Ini kerana ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dan juga sinaran UVB, UVA yang turut dihasilkan oleh lampu, komputer riba, televisyen dan telefon pintar.

Malah, krim pelindung matahari juga sebenarnya melambatkan penuaan wajah atau kulit. Fakta ini bukanlah omongan kosong, ia turut diakui oleh Pakar Estetika, Mejar (B) Dr Hamidah Mohd Salleh dalam satu temubual dengan Getaran tidak lama dahulu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah tanda-tanda atau gejala jika kulit terkena selaran matahari?

Perlu dijelaskan bahawa selaran matahari biasanya terjadi apabila seseorang individu terdedah kepada sinaran matahari (radiasi ultraviolet) dalam tempoh yang panjang ketika melakukan aktiviti luar tanpa penggunaan krim pelindung matahari.

Antara gejala selaran matahari adalah kulit menjadi sangat sensitif sehingga terasa sakit apabila disentuh.
Antara gejala selaran matahari adalah kulit menjadi sangat sensitif sehingga terasa sakit apabila disentuh.

Antara gejala selaran matahari ialah kulit bertukar kemerah-merahan dan sedikit bengkak, gatal, panas dan kering, mengelupas selepas beberapa hari, dan lebih teruk lagi kulit menjadi sangat sensitif sehingga terasa sakit apabila disentuh, demam atau seram-sejuk sehingga badan menjadi lemah tidak bermaya.

Jadi, mengapa mahu merisikokan diri sehingga ‘mencemarkan’ keseronokan percutian pantai anda? Bawa sahaja krim pelindung matahari di dalam bagasi anda.

Krim pelindung matahari kalis peluh, tahan lama dan anti lekit

Salah satu krim pelindung matahari yang boleh anda dapatkan di pasaran ialah jenama Allie. Sejak dilancarkan pada tahun 2000, produk asal dari Jepun ini punya rangkaian atau koleksi ‘mesra-pantai’ yang boleh dipercayai untuk melindungi kulit anda daripada selaran matahari.

Memandangkan penggunaan pelindung matahari semakin mendapat tempat di kalangan pengguna, ramai yang mula memilih krim pelindung matahari yang mempunyai fungsi tambahan nilai seperti kesan peningkatan tona kulit, kalis air, anti lekit dan fungsi konvensional yang lain.

Atas alasan inilah, Allie membawakan rangkaian krim pelindung matahari dengan formula ‘mesra-pantai’ baharu yang mengambil kira keadaan cuaca beberapa negara, wilayah dan pantai. Barisan produk UV baharu ini mesra alam, lebih tahan terhadap peluh, air dan geseran, tidak melekit dan membuatkan kulit tampil lebih cantik.

Krim pelindung matahari Allie tersedia untuk dua kategori iaitu khas untuk wajah dan satu lagi untuk wajah dan badan. Antara produk yang mungkin menarik perhatian anda untuk wajah dan badan ialah Allie Chrono Beauty Tone Up UV 01, Allie Chrono Beauty Tone Up UV 02, dan Allie Chrono Beauty Tone Up UV 03 yang memberikan kesan serta-merta apabila disapu pada kulit.

Ada juga pilihan Rose Chaire, Bright Shower dan Sheer Ecru yang memperlihatkan tona kulit anda berubah mengikut tona yang dijanjikan.

Dengan menggunakan rangkaian produk ini anda tidak perlu lagi susah hati atau ragu-ragu untuk menghabiskan masa di pantai.
Dengan menggunakan rangkaian produk ini anda tidak perlu lagi susah hati atau ragu-ragu untuk menghabiskan masa di pantai.

Sementara khusus untuk wajah ada empat produk yang boleh dijadikan pilihan iaitu Allie Chrono Beauty Color Tuning UV 01 (Ennui Purple) Allie Chrono Beauty Color Tuning UV 02 (Sunny Apricot) ALLIE Chrono Beauty Color Tuning UV 03 (Sheer Beige) ALLIE Chrono Beauty Facial Gel UV EX.

Dengan menggunakan rangkaian produk ini anda tidak perlu lagi susah hati atau ragu-ragu untuk menghabiskan masa di pantai. Lebih membahagiakan, anda juga boleh tampil menawan dengan tona warna kulit yang diimpikan. Bolehlah merakam foto sebanyak yang anda mahu! - Getaran, 19 Julai 2022

Foto : Allie by Kanebo

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Langkah Berkesan Singkir Kulit Kusam! 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN