Semestinya kehadiran Ramadan Al-Mubarak sentiasa dinanti-nantikan oleh muslimin dan muslimat serta seluruh rakyat di Malaysia. Bulan yang penuh kemuliaan bagi masyarakat beragama Islam di negara ini menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
Walaupun rakyat di seluruh dunia diduga dengan pandemik COVID-19, AEON Malaysia peka akan hal ini dan akan terus memainkan peranan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan melalui Kempen Ramadan-Raya Bersama AEON - 'Raikan dengan Kesyukuran'.
Menariknya tema bagi pada tahun ini dilihat sebagai usaha untuk menyemai perasaan rasa rendah diri dan menyemarakkan rasa kesyukuran di saat keadaan semasa yang sukar.
Menurut Ketua Pegawai Operasi AEON Malaysia, Sunny Setiawan, Kempen ini bukan sekadar kempen semata-mata, ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal dengan penuh kesyukuran.
“Walaupun kita semua menyambut Ramadan dalam suasana pandemik, AEON sentiasa prihatin dalam memastikan barangan keperluan mencukupi dan menepati citarasa pelanggan supaya mereka dapat membuat perancangan dan persediaan dengan lebih baik,” ujar beliau.
Sepanjang kempen berlangsung, pengunjung berpeluang untuk melihat koleksi Raya AEON pada tahun ini. Menariknya, buat julung kali AEON mengadakan Persembahan Fesyen Ramadan-Raya 2021 yang ditatarias oleh pereka fesyen, Calvin Thoo dan Salikin Sidek.
Pertunjukan fesyen ini turut mendapat tajaan solek dari i Style Academy, sebuah akademi profesional untuk solekan, dandanan rambut dan imej yang mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan UK West College Scotland International Partnership Centre.
Bukan itu sahaja, Kempen Ramadan-Raya Bersama AEON turut menampilkan bersama selebriti terkenal melalui Bazar Selebriti yang akan berlangsung di AEON Mall Shah Alam. Bazar Selebriti ini bertujuan bagi meraikan dan mengangkat karya, rekacipta dan produk anak-anak bangsa.
Antara selebriti yang terlibat, antaranya Nabil Ahmad, Datuk Norman KRU, Rabbani, Rozita Che Wan, Saharul Ridzuan dan Siti Nordiana. Manakala, program ‘Dapur Selebriti vs Dapur CEO’ (pengurusan atasan AEON Malaysia) akan menawarkan juadah-juadah hasil resipi tersendiri.
Antara selebriti terlibat seperti Alif Satar, Datuk Khatijah Ibrahim, Black Hanifah, Fizo Omar dan Saharul Ridzuan. Juadah-juadah ini akan dijual di semua cawangan AEON dan AEON BiG di seluruh negara bermula 12 April 2021.
Ujar Sunny lagi, “Apa yang unik dengan program kelestarian komuniti ini adalah 2,000 unit tablet untuk disumbangkan kepada pelajar yang layak. Setiap RM10 jualan daripada Dapur Selebriti vs Dapur CEO, RM1 akan disumbangkan untuk pembelian tablet.”
“Ini selaras dengan wawasan AEON dalam mendokong Matlamat Pembangunan Mampan ke-4 dan 8, iaitu memastikan pendidikan berkualiti dan saksama dan mempromosikan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.”
“Ia juga bagi mempromosikan perkembangan ekonomi yang mampan dan menyediakan ruang dan peluang pekerjaan yang menyeluruh, produktif serta sesuai kepada semua rakyat Malaysia,” tambahnya.
Kempen Ramadan-Raya Bersama AEON turut menjanjikan satu kejutan. Anda berpeluang memenangi wang tunai atau cashback serta cabutan bertuah Duit Raya AEON bernilai RM250,000 dengan hanya berbelanja RM100 dalam satu resit melalui kad VISA atau mana-mana AEON, AEON BiG, MaxValu, Wellness Stores atau AEON Mall. – Getaran, 20 April 2021
Semua gambar: Syed Eshamuddin