web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Wanita Berusia 100 Tahun Kongsi Kemeriahan Sambutan Krismas

Gaya Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 11:47AM

Evelyn Lowe. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Menginjak usia 100 tahun, Evelyn Lowe masih mampu mengingati setiap detik kehidupannya dengan baik, terutama menjelang sambutan Krismas setiap tahun.

Menetap di Perkampungan Portugis di Ujong Pasir di sini, dia berkata wajik dan dodol antara juadah  akan disediakannya di samping Kari Debal, Chap Chai, Chilie Pickle atau acar cili dan beberapa jenis kek yang dibuat sendiri sebagai simbolik meraikan perayaan. 

“Sama seperti orang Islam meraikan Hari Raya, saya akan buat sendiri wajik dan dodol untuk dijamu kepada tetamu yang bertandang.

“Namun, atas faktor usia serta pernah cedera di pinggang kerana jatuh kerusi beberapa tahun lalu, saya tidak lagi memasak juadah-juadah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ibu kepada 10 anak itu berkata, perayaan Krismas juga disambut secara sederhana pada setiap tahun kerana anak-anaknya juga sudah berusia dan tinggal berjauhan.

Evelyn berkata, anak-anaknya tinggal di Sabah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan ada juga yang telah berhijrah ke Singapura dan Australia.

“Suami meninggal dunia kira-kira 35 tahun dahulu dan dua anak lelaki saya juga telah meninggal dunia beberapa tahun.

“Kerana faktor umur dan kesihatan, anak-anak lain juga tidak pulang menyambut Krismas kali ini. Mereka ada meminta saya untuk tinggal bersama mereka, namun saya memilih untuk tinggal di sini dan mereka mengupah jururawat untuk menjaga saya,” katanya.

Mengimbas kenangan ketika mereka sekeluarga masih bersama-sama, Evelyn berkata, dia dan pasangannya mendiang Maurice Lowe, akan memulakan sambutan perayaan dengan pergi ke gereja berhampiran rumah sebelum ke gereja utama St. Peter’s di Jalan Bendahara. 

Katanya, mereka sekeluarga kemudiannya akan menjamu selera dengan hidangan yang disediakannya termasuklah wajik dan dodol.

Ditanya mengenai rahsia dirinya masih mempunyai ingatan kuat dan kesihatan yang masih baik, beliau berkata, kehidupan zaman dahulu tanpa bantuan teknologi menyebabkannya masih sihat.

“Kalau ke hospital, doktor terkejut apabila mendapat tahu saya telah mencecah usia 100 tahun dan masih mampu mengingati bahasa Portugis dengan baik, mereka suka menguji daya ingatan saya.

“Masyarakat dahulu banyak berjalan kalau nak ke mana-mana… mungkin itu antara penyebab saya masih sihat sampai sekarang kecuali kecederaan di pinggang ini,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara