web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 4:08PM

Van polis dipercayai membawa warga emas yang direman bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang anggota polis di Hutan Simpan Ulu Muda, semalam. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Seorang warga emas direman selama enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang anggota polis di Kompartmen 124, Hutan Simpan Ulu Muda dekat sini, semalam.

Perintah tahanan reman terhadap individu berkenaan dikeluarkan majistret Noor Fazlina Musa di Kompleks Mahkamah Sungai Petani.

Terdahulu, van polis yang dipercayai membawa warga emas tersebut didapati masuk ke perkarangan mahkamah kira-kira jam 10.20 dan keluar kira-kira jam 11.50 pagi.

Individu berkenaan ditahan kira-kira jam 2 petang semalam sewaktu hadir menyerah diri di Balai Polis Sik.

Semalam Getaran melaporkan mengenai kematian seorang anggota polis dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang maut akibat terkena tembakan semasa  operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang berlaku di Kompartmen 124, Hutan Simpan Ulu Muda.

Mengikut kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superitendan Abdull Razak Osman, operasi itu bermula apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik dan Cawangan Khas IPK Kedah bersama pasukan dari Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah serta orang awam, masuk ke kawasan hutan simpan tersebut kira-kira 12 tengah hari, 27 Februari lalu.

Menurut Abdull Razak, kesemua mereka terlebih dulu bermalam di kompartmen 103 sebelum mangsa bersama dua orang awam, bergerak ke kompartmen 124 menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian serta menjalankan siasatan pada jam 3 petang, keesokan harinya.

Berikutan ketiga-tiga mereka tidak pulang hingga jam 6.30 petang, usaha mencari kemudiannya digerakkan. Namun, pencarian itu hanya menemukan kenderaan digunakan tiga individu berkenaan di persimpangan menuju kompartmen 124 dan 125.

Akhirnya kata Abdull Razak, mangsa telah dibawa pulang ke lokasi penginapan pada jam 5 pagi dan disyaki sudah tidak bernyawa. Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Sik dan disahkan telah meninggal dunia.

Abdull Razak menambah, siasatan awal mendapati anggota berkenaan bersama dua individu awam tersebut dipercayai tersesat akibat cuaca gelap.

"Siasatan awal menyatakan mereka terdengar bunyi letupan pada jam 2 pagi dan terdapat kesan di bahagian depan badan mangsa yang menyebabkan kematian. Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran 1 Mac 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Wanita 80 Tahun Rugi Lebih RM10 Juta Terpedaya Skim Pelaburan Kripto

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pukul Warga Emas Sebabkan Kemalangan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 1 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan