web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#COVID-19: 15 Ubat Wajib Ada Di Rumah

Ubat-ubatan perlu ada dalam peti kecemasan di rumah untuk rawatan gejala ringan.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 9:05AM

Gambar: Miguel Á. Padriñán, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan jumlah jangkitan COVID-19 semakin hari semakin meningkat, kita perlu berwaspada dengan keadaan kesihatan diri. Walaupun hanya duduk di rumah atau keluar seketika untuk membeli makanan di luar, ancaman wabak ini adalah nyata.

Pada saat ini, bolehlah kita beranggapan bahawa semua orang kini tidak berada dalam keadaan selamat kerana wabak ini telah berevolusi dengan begitu cepat. 

Sekiranya anda mengalami gejala ringan seperti demam, batuk, selesema, cirit-birit, gatal-gatal badan, muntah, sakit perut, pening atau sakit kepala, ubat-ubatan ini boleh diperolehi di farmasi berhampiran anda tanpa perlu ada preskripsi daripada doktor.

Pegawai Perubatan Kecemasan, Dr Asmi Syabil menyarankan agar anda sentiasa bersedia dan perlu ada 15 jenis ubat ini dalam peti kecemasan di rumah: 

#1 Paracetamol 500mg 

Paling terkenal, paracetamol (Panadol) boleh diambil sekiranya anda mengalami demam. Ia juga bertindak sebagai ubat tahan sakit yang ringan untuk sakit kepala dan sebagainya.

Dos disyorkan: 2 biji (sekali makan) 3 kali sehari (jangan melebihi 8 biji sehari)

#2 Loratadine 10mg

Sering digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau resdung. Ubat ini berada dalam kategori antihistamin (menyekat protein histamin). 

Dos disyorkan: 1 biji sekali sehari

#3 Chlorpeniramine 4mg

Juga berada dalam kategori antihistamin, ubat ini digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama. Perlu diberi perhatian, ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk. Oleh itu, elakkan memandu atau mengendali jentera berat selepas mengambilnya.

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari

#4 Diclofenac Sodium 50mg (Voltaren)

Ubat tahan sakit atau radang. Ubat ini tergolong dalam kategori NSAIDs. Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol. Ia juga untuk mengurangkan serangan gout. 

Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang mempunyai gastritis.

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji bila perlu

#5 Metoclopramide HCI 10g (Maxolon)

Ubat untuk gejala seperti loya dan muntah, juga digunakan untuk sakit kepala dan migrain. Ia juga sesuai untuk rawatan ibu-ibu mengandung yang mengalami loya dan muntah di awal kehamilan. Muntah kerana keracunan makanan juga boleh dikurangkan.

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali bila perlu

#6 Buscopan 10mg

Ubat ini untuk mengurangkan sakit perut terutamanya yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang. 

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali bila perlu

#7 Diphenoxylate + atropine sulphate (Lomotil)

Ubat untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan oleh keracunan makanan. 

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali bila perlu

#8 Activated charcoal 250mg

Sama seperti Lomotil di atas, ubat ini digunakan untuk mengurangkan gejala cirit-birit.

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari 

#9 Oral Rehydration (ORS)

Sepertimana yang kita ketahui, badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik. 

Namun, garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.

Ubat ini sesuai untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan semula garam galian yang telah hilang itu tadi agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.

Dos disyorkan: 1 paket bila perlu

#10 Mist magnesium trisiliscate (MMT)

Ubat untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn). Ia bertindak mengurangkan rasa pedih ulu hati akibat ketidakhadaman. 

Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.

Dos disyorkan: 15ml 3 kali sehari

#11 Breacol (ubat batuk) 

Berfungsi untuk mengurangkan sakit batuk. Boleh dibeli di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka berhampiran. Boleh juga membeli ubat batuk jenama lain yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Dos disyorkan: Sekali bila perlu

#12 Ammeltz yoko yoko

Kandungan utamanya ialah methyl salicylate seperti krim yang sering digunakan doktor untuk merawat ketegangan otot. 

Ammelyz yoko yoko senang didapati di kedai runcit atau kedai serbaneka, ia sangat berguna bagi mengurangkan sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh badan.

Dos disyorkan: Guna bila perlu

#13 Chloramphenicol eye drop

Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti konjunktivitis atau menghilangkan tahi mata. 

Dos disyorkan: Guna bila perlu

#14 Kit ujian kehamilan

Mudah dan pantas, gunakan kit ujian kehamilan di rumah sahaja. Tidak perlu ke hospital atau klinik berdekatan semata-mata untuk memeriksa kehamilan. Jimat masa dan wang.

Dos disyorkan: Guna bila perlu

#15 Kit ujian kendiri COVID-19 

Kit ujian kendiri COVID-19  juga sangat penting ketika suasana pandemik sekarang. Jika mahu membeli pastikan ia telah mendapat kelulusan daripada KKM. Buat masa ini hanya ada lima kit ujian kendiri COVID-19 yang disahkan oleh KKM.

Dr Asmi Syabil turut berpesan agar mendapatkan pemeriksaan lanjut jika gejala masih berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera di hospital berdekatan sekiranya mengalami reaksi alahan terhadap sebarang ubat-ubatan yang diambil. - Getaran, 10 Ogos 2021

Dr Asmi Syabil
Dr Asmi Syabil

Semua gambar kecuali tertera: Dr Asmi Syabil

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN