web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Cara Mudah Dekorasi Seimbang

Musim wabak ini, apa kata anda menghasilkan persekitaran yang selesa di rumah.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 8:55AM

Gambar: John Diez

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelaksanaan sekatan pergerakan di seluruh negara sejak setahun lalu, menuntut kita untuk kekal duduk di rumah demi keselamatan dan kesihatan bersama. Menjalani kehidupan norma baharu di rumah sudah menjadi kebiasaan dalam gaya hidup untuk kita semua.

Peluang meluangkan masa di rumah ini membolehkan kita memahami keperluan kediaman masing-masing. Persekitaran yang menyenangkan bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan bekerja dari rumah, malah dapat membantu kesejahteraan mental.

Konsep ‘dekorasi seimbang’ boleh dicapai dengan hanya membuat beberapa perubahan kecil di rumah atau dengan mengubah sikap positif terhadap rutin harian. Berikut lima cara mudah untuk anda mewujudkan dekorasi kediaman yang seimbang:

Gambar: Cottonbro 
Gambar: Cottonbro 

#1 Pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih

Rumah yang bersepah akan menimbulkan perasaan kurang enak. Longgokan baju yang tidak berbasuh, lantai kotor dan melekit serta meja penuh semestinya bakal mengundang rasa serabut di hati.  

Rumah yang tidak diuruskan dengan baik dapat mengimbau tekanan visual dan fizikal yang secara tidak langsung mungkin menyebabkan masalah tidur. Bagi mengelak permasalahan ini berlanjutan, anda harus membuat perubahan tabiat harian supaya lebih ringan tulang. 

Misalnya, membersihkan rumah secara rutin. Pastikan pinggan mangkuk terus dicuci setelah digunakan dan banyak lagi. Kata kuncinya adalah disiplin. Percayalah, kediaman yang bersih dapat memberikan kesejahteraan dan menenangkan fikiran. 

Gambar: Taryn Elliott
Gambar: Taryn Elliott

#2 Menghasilkan zon selesa

Bekerja dari rumah atau BDR sudah menjadi kebiasaan ketika pandemik ini. Oleh itu, amatlah penting untuk kita memisahkan ruang kerja dengan ruang rehat untuk kesejahteraan diri dan mental. 

Sebagai contoh, tetapkan zon selesa di rumah anda untuk aktiviti santai dan berehat. Letakkan kerusi atau beanbag yang selesa di kawasan yang ada cahaya semula jadi untuk dijadikan sudut membaca. Jadikan ia ruang anda melepas tekanan setelah seharian bekerja. 

Untuk ruang kerja pula, tempatkan ia di sudut berjendela yang boleh membuatkan anda fokus dan tenang. Akhir sekali, jangan satukan ruang kerja dengan ruang tidur kerana ia akan mengganggu minda anda untuk terus bekerja walaupun sudah masuk waktu tidur. 

Gambar: Maria Orlova
Gambar: Maria Orlova

#3 Optimumkan cahaya semula jadi

Sistem pencahayaan memainkan peranan penting bagi persekitaran rumah. Ia bukan sahaja mempengaruhi suasana keseluruhan kediaman, malah turut mempengaruhi perasaan kita. Oleh itu, kita perlu mewujudkan suasana pencahayaan yang sempurna untuk kehidupan yang selesa.

Sebenarnya, anda tidak perlu memasang lampu-lampu mewah bagi mencapai tujuan ini. Apa yang penting adalah cara memanfaatkan cahaya semula jadi. Cahaya matahari yang menyinari ruang dalaman rumah mampu mewujudkan suasana yang damai. 

Anda juga boleh menambah cermin untuk memantulkan lebih sinaran matahari ke dalam rumah. Keberadaan cermin juga dapat menambahkan elemen dekorasi, nilai-nilai moden dan mencipta ilusi ruang yang lebih besar.

Gambar: Anastasiya Vragova 
Gambar: Anastasiya Vragova 

#4 Hiasan kecil yang memberi impak besar

Tambahkan hiasan-hiasan kecil. Barangan hiasan kecil ini boleh dibuat sendiri menggunakan seni kraf daripada barangan kitar semula yang boleh didapati di rumah. Anda disarankan membuatnya bersama keluarga sebagai aktiviti riadah.

Di samping itu, anda juga boleh menghiasi rumah dengan meletakkan atau menggantung bingkai-bingkai gambar insan tersayang. Selain sebagai dekorasi, ia juga bakal meniupkan jiwa ke dalam rumah anda. Ia dekorasi ringkas namun penuh bermakna. 

Gambar: Yuri Yuhara
Gambar: Yuri Yuhara

#5 Menghidupkan suasana yang nyaman

Tanaman hijau sangat baik untuk kesihatan mental kita, lagi-lagi setelah seharian penat bekerja. Selain cantik untuk dekorasi, tanam-tanaman juga dapat meningkatkan kualiti udara. Kolam ikan juga merupakan pilihan yang popular.

Mereka yang mempunyai kawasan yang luas boleh mempertimbangkan untuk membina kolam ikan di halaman rumah. Kolam ikan dapat menghasilkan bunyi air yang menenangkan dan menjadi sebahagian dekorasi kediaman yang menghidupkan lagi persekitaran kediaman.

Penggunaan penapis air berkualiti tinggi bukan sahaja dapat membantu menjaga kualiti air, malah mampu menjimatkan kos penyelenggaraan dalam masa panjang. Penapis air Waterco  sesuai untuk menjaga kebersihan serta keselamatan air kolam ikan anda. - Getaran, 17 Ogos 2021

Semua gambar: Pexels


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Rumah Warisan Mahaguru Gayung Akan Dibina Semula - Megat Zulkarnain

4

Semasa 9 bulan yang lalu

7 Rumah Dikosong Akibat Tanah Runtuh - Bomba

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN