web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Lokasi ‘Staycation’ Indah Hujung Minggu Anda!

Bukan sahaja untuk bersantai, anda juga boleh menjadikan rumah-rumah peranginan ini sebagai latar menarik untuk laman sosial anda.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 8:40AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya kerajaan telah mengumumkan aktiviti merentas negeri dibenarkan untuk semua rakyat Malaysia yang sudah melengkapi kedua-dua dos vaksin mereka. Pasti ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Namun, tidak semua mengambil keputusan untuk ‘balik kampung’. Ada juga yang hanya ingin menghabiskan masa di sekitar Lembah Klang sahaja. Buat mereka yang tidak punyai kampung atau yang datang dari negeri-negeri lain, aktiviti staycation tentunya menjadi pilihan. 

Tidak hairan sekiranya terma baharu yang dipanggil sebagai staycation ini sudah menjadi salah satu norma baharu dalam kalangan masyarakat kita. Ia aktiviti melancong secara santai dalam satu tempoh masa yang singkat, sambil menikmati keindahan alam semula jadi di hujung minggu. 

Di samping bersantai bersama yang tersayang, anda juga boleh menjadikan lokasi staycation itu tadi sebagai latar dan kandungan menarik untuk media sosial anda! Nah, kami senaraikan lima lokasi staycation indah untuk hujung minggu anda yang damai, seperti berikut.

Gambar: Ig @andrewlooi
Gambar: Ig @andrewlooi

#1 Carpe Diem

Terletak di Pekan Serendah, ia merupakan sebuah penginapan yang membawa konsep gaya hidup kampung. ‘Carpe Diem’ ialah perkataan Latin yang membawa maksud ‘merebut hari’.

Sedia terpesona menikmati percutian ala kampung. Ia juga lokasi yang sesuai untuk anda menjalankan aktiviti berkumpulan atau sesi latihan berpasukan. 

Carpe Diem dikelilingi tumbuh-tumbuhan menghijau semula jadi yang menjadikannya lokasi sesuai untuk anda mencari ketenangan, jauh dari hiruk-pikuk kota. 

Gambar: Ig @SriDamaiResort 
Gambar: Ig @SriDamaiResort 

#2 Sri Damai Resort, Kalumpang

Menawarkan penginapan berkonsepkan alam sekitar yang dilengkapi dengan kolam renang dari air sungai. Lokasi ini turut menawarkan kolam memancing bagi mereka yang suka memancing. Kolam ini dipenuhi spesis-spesis ikan yang jarang ditemui seperti kelah dan baung. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba aktiviti riadah seperti berbasikal air dan memandu kenderaan ATV. Paling istimewa, terdapat ladang rusa dan kambing serta kebun buah-buahan tempatan yang boleh anda kunjungi semasa menginap di sini. 

Gambar: Ig @anwarxaki
Gambar: Ig @anwarxaki

#3 Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong, berhampiran Pekan Rawang. Ia lokasi yang sesuai untuk anda menikmati keindahan alam semula jadi. 

Sambil menghirup udara segar, anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal dan melewati denai hutan.

Rakamlah detik-detik kegembiraan itu tadi bersama insan-insan tersayang sambil menghabiskan hujung minggu anda dalam suasana alam nan menghijau. 

Gambar: Ig @danishtsl
Gambar: Ig @danishtsl

#4 Rumah Hutan Bonda Rozita

Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang satu jam dari Petaling Jaya, Rumah Hutan Bonda Rozita terletak di Batang Kali, Hulu Selangor.

Pemiliknya ialah seorang jutawan kosmetik bernama Rozita Ibrahim. Rumah peranginan ini berkonsepkan rumah tradisional Melayu yang pastinya membuat anda terpegun melihatnya. 

Dikelilingi keindahan hutan dan luas, Rumah Hutan Bonda Rozita sesuai untuk sesi staycation seisi keluarga yang mempunyai anggota yang ramai. 

Gambar: Twitter @AzfarHeri
Gambar: Twitter @AzfarHeri

#5 PulaiThree

Terletak di Kuala Kubu Bharu, konsepnya direka dengan ruang terbuka. PulaiThree mengadaptasi alam semula jadi sebagai tunjangnya. Ia turut menerapkan unsur kelestarian.

Vila mewah yang dikelilingi keindahan alam dan suasana yang menenangkan ini menawarkan dua bilik tidur dengan pemandangan hutan yang menghijau. 

PulaiThree turut dilengkapi kolam renang, lengkap dapur set barbeku untuk aktiviti santai bersama keluarga yang tiada tandingannya. - Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN