web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rebut Baucar Pelancongan RM1 Juta Di Shopee!

Mulai 22 Oktober, Baucar Pelancongan Negeri Selangor bernilai sejuta ringgit boleh mula ditebus di aplikasi Shopee.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 1:09PM

Gambar: Sunway Lagoon

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan Negeri Selangor meneruskan pemberian subsidi baucar pelancongan edisi kedua tahun ini setelah edisi pertama yang diedarkan Januari lalu menerima sambutan hangat orang ramai. 

Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 (BPNS2.0) ini boleh digunakan untuk membeli pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan oleh 28 agensi terpilih yang mengambil bahagian. 

BPNS2.0 boleh ditebus di aplikasi Shopee dengan tempoh penggunaan bermula dari 22 Oktober sehingga 30 Disember 2021. 

Majlis pelancaran bertempat di Sunway Lagoon, BPNS2.0 merupakan satu insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Melalui pakej ini, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.55 juta kepada industri pelancongan Selangor. Dari jumlah tersebut, RM1 juta disalurkan untuk BPNS2.0 yang merangkumi 10,000 unit baucar bernilai RM100 setiap satu. 

Bersempena BPNS2.O ini juga, Sunway Lagoon turut tidak terkecuali menyambut baik perkembangan positif tersebut dengan pelancaran ‘Camp Out Sunway Lagoon’ sempena pembukaan semula operasi taman tema bermula Oktober ini. 

EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berharap pelancaran ini menjadi inisiatif ke arah pembangunan semula industri pelancongan Selangor, di ambang wabak COVID-19 yang semakin menghampiri fasa endemik ini.

“Diharapkan juga, insentif ini akan membuka ruang dan peluang kepada penggiat industri pelancongan dalam menjamin kelangsungan industri pelancongan Selangor, seterusnya menyokong kempen Pusing Selangor Dulu dan Splendid Selangor; Take Me Anywehere!” ucapnya.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang merebut Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 di aplikasi Shopee bermula 22 Oktober sehingga 30 Disember 2021 ini atau sehingga mana-mana tarikh semasa baucar habis ditebus. - Getaran, 21 Oktober 2021

Gambar: Tourism Selangor

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN