web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siapa Kata Filipina Tiada Makanan Halal?

Kembara ke Filipina lebih mudah, jom kenali makanan halal tempatan!

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 2:42PM

Gambar: Mark Angelo Roxas, Travalour

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu daya tarikan Filipina yang penduduknya majoriti beragama Kristian adalah makanan. Jika anda ke negara ini, perkara pertama yang akan ditanya oleh mereka kepada tetamu adalah, ‘awak sudah makan?”.

Di mana-mana sahaja anda menjelajah di negara kepulauan ini, hidangan yang ditawarkan berbeza kerana setiap daerah mempunyai hidangan yang unik menggunakan rempah ratus tempatan bersama sentuhan budaya masyarakat setempat.

Dengan pengecualian Pulau Mindano yang majoriti penduduk muslim, sebenarnya seluruh Filipina menawarkan pengalaman sajian halal yang ramai pengunjung beragama Islam kurang tahu mengenainya. 

Anda boleh menikmati pelbagai sajian tradisional halal di negara ini. Di ibu kota misalnya, terdapat banyak restoran dan medan selera yang menawarkan hidangan halal di satu kawasan yang dikenali sebagai Quiapo Muslim Town berhampiran Masjid Emas Manila. 

Sinigang
Sinigang

Di daerah Makati, Berjaya Hotel Makati menawarkan hidangan halal seperti Tinolang Manok (sup ayam halia), Nilagang Baka (daging rebus) serta Sinigang na Baka (sup daging dan sayur). Di daerah Caraga, pengunjung boleh menikmati buah-buahan bersama Guinamos (ikan masin). 

Manakala, di Cagayan de Oro pula terkenal dengan hidangan rendang daging di sebuah restoran muslim bernama Torogan Kape. Pengunjung juga boleh mencuba Piaparan a Manok (sup ayam santan) dan beberapa kuih tradisional seperti Dodol, Lokatis, Browa dan Tapay asa Torogan. 

Sinina Kambing
Sinina Kambing

Jika anda ke Catabato, anda boleh mencuba Sinina Kambing (kambing perap) di Hashy’s Cuisine. Selain itu, Maguindanaoan Kitchens pula terkenal dengan Linigid na Manok (kari ayam). Anda juga boleh berkunjung ke Mama Ping Restaurant yang terkenal dengan aneka hidangan halal.

Linigid na Manok
Linigid na Manok

Di General Santos City yang terkenal dengan ikan tuna, anda harus mengunjungi Tambilawan Kamayan Restaurant yang terkenal dengan hidangan tuna halal seperti Buntot ng Tuna. Restoran ini turut menawarkan menu daging dan ayam yang dihidangkan bersama daun pisang. 

Tiyula
Tiyula

Di Semenanjung Zamboanga, nikmati semangkuk hangat Tiyula yang bermaksud sup dalam bahasa Tausug. Hidangan sup paling terkenal di sini adalah Tiyula Itum (sup daging yang direneh bersama kelapa panggang). Jangan ketinggalan menjama Satti (sate), salah satu hidangan tradisional kaum Tausug. 

satti
satti

Satu lagi makanan tradisional kaum peribumi Filipina yang boleh anda cuba adalah Amik iaitu sejenis kuih beras manis yang digoreng secara pantas dengan menggunakan tangan oleh kaum Kaagans di daerah Davao. 

Di Mindanao pula, hidangannya lebih kurang sama dengan masakan Melayu kerana menggunakan banyak cili sebagai ramuan utama. Jangan risau, Mindanao ialah daerah berkependudukan muslim, jadi banyak restoran yang boleh anda kunjungi tanpa ragu. - Getaran, 4 November 2021

Sumber dan gambar: Jabatan Pelancongan Filipina 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Wanita Filipina Dipercayai Mangsa Bunuh Ditemui

4

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN