web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Pasar Raya Untuk Persiapan Aidilfitri Anda!

Lengkapkan persiapan Raya anda di lima lokasi pusat beli-belah tumpuan orang ramai di Selangor!

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 10:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syawal bakal menjelma tiba. Masanya untuk membeli-belah juga telah tiba! 

Tidak dinafikan, Selangor sememangnya terkenal sebagai syurga persiapan Raya sebelum semua rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman masing-masing.

Barangan keperluan bagi menyambut lebaran seperti perhiasan rumah, kuih Raya dan tentunya baju Raya, pasti berada di dalam fikiran semua.

Minggu terakhir ini, apa kata anda ambil peluang untuk mengunjungi lima pasar raya yang terkenal sebagai tumpuan persiapan Raya di Selangor, seperti di bawah:

 

#1 Kompleks PKNS Shah Alam

Setiap hujung minggu, ratusan malah ribuan pengunjung dari luar Shah Alam datang ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk membeli-belah.

Sebagai pasar raya pertama di Shah Alam, ia kekal sebagai destinasi pelancongan yang popular. Tidak ketinggalan, Kompleks PKNS Shah Alam turut menjadi tumpuan untuk persiapan Raya!

Terdapat ratusan kedai kain dan butik yang menawarkan pengalaman membeli-belah baju Raya dalam kos yang rendah. 

Selain butik dan kedai baju, anda juga boleh menjamu selera di restoran yang kebanyakannya menyediakan masakan Melayu.

#2 GM Klang Wholesale City

Mempunyai lebih 2500 buah kedai, gedung beli-belah gergasi ini menyediakan jualan jenis borong dan runcit yang tiada tandingannya.

GM Klang Wholesale Cita menawarkan rangkaian produk seperti hiasan rumah, perkahwinan, pakaian, tekstil, aksesori, permainan, barangan teknologi dan banyak lagi.

Paling menarik, terdapat juga Zon Jenama Malaysia yang menawarkan fesyen, aksesori, makanan dan kraftangan keluaran tempatan.

Dengan deretan restoran dan kedai makan, ia dilengkapi dengan kemudahan yang selesa untuk anda membeli-belah di musim perayaan ini!

#3 Melawati Mall

Terletak di Pusat Bandar Melawati, pasar raya ini berkeluasan 620,000 kaki persegi dengan lebih 200 kedai tersebar di lapan aras bangunannya.

Ia menawarkan gabungan ideal antara fesyen antarabangsa dan tempatan, hiburan dan hiasan dalaman serta pelbagai kedai makan yang menarik.

Pelbagai jenama dalam dan luar negara telah disusun rapi di pasar raya ini untuk memberikan pengunjung pengalaman membeli-belah yang menarik.

#4 The Curve, Mutiara Damansara

Lebih 200 perniagaan dan 60 restoran tersedia di The Curve, Mutiara Damansara. 

Pasar raya serba moden ini menawarkan pilihan dari segi fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan emas, aksesori dan kelengkapan rumah serta makanan dan minuman.

Pusat membeli belah sehenti ini menawarkan pilihan butik fesyen antarabangsa yang sama seperti yang terdapat di pasar raya di Kuala Lumpur.

#5 Seksyen 7, Shah Alam

Bukanlah sebuah pasar raya fizikal, melainkan sebuah kawasan komersial yang terkenal dengan butik-butik jenama tempatan, koleksi busana muslimah dan kedai kain mega.

Jenama-jenama tempatan popular seperti Jakel, Bella Ammara, Hatta Dolmat, LosraVelda dan banyak lagi boleh anda kunjungi sekiranya melangkah masuk ke kawasan ini.

Bukan itu sahaja, kawasan komersial ini turut dipenuhi dengan deretan kedai emas dan perabot untuk persiapan anda menyambut Hari Raya! - Getaran, 28 April 2022

Semua gambar: Tourism Selangor 

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

The Curve Tampil Dengan Gelongsor Air Pertama Dalam Pusat Beli-Belah Di Malaysia 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN