web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KTMB Sedia Tren ETS Tambahan Sempena Cuti Sekolah, Cuti Umum

Penambahan perkhidmatan itu melibatkan perjalanan dari Jumaat hingga Isnin bertarikh 9 hingga 12 Disember, 16 hingga 19 Disember, 23 hingga 26 Disember dan 30 Disember depan hingga 2 Januari 2023.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 8:02AM

Tambahan tren ETS terbabit dapat menampung permintaan tinggi bagi beberapa destinasi seperti Ipoh, Butterworth, Alor Setar dan Padang Besar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan dua perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) Platinum bagi laluan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral sempena cuti sekolah dan cuti umum akan datang. 

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan penambahan perkhidmatan itu melibatkan perjalanan dari Jumaat hingga Isnin bertarikh 9 hingga 12 Disember, 16 hingga 19 Disember, 23 hingga 26 Disember dan 30 Disember depan hingga 2 Januari 2023.

Kenyataan itu menyebut tambahan tren ETS terbabit dapat menampung permintaan tinggi bagi beberapa destinasi seperti Ipoh, Butterworth, Alor Setar dan Padang Besar.

Tren tambahan itu menawarkan sejumlah 10,080 tiket yang akan mula dijual esok.

"Setakat hari ini, lebih 55 peratus tiket telah dijual bagi sektor KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral pada hujung minggu.

“Trend ini dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa berikutan cuti sekolah dan cuti umum serta kepada pengguna yang terus memilih perkhidmatan kereta api untuk ke destinasi pilihan masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Para pengguna disaran membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Tingkat Bantuan Kewangan Untuk UNRWA - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia