web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Bakal Tingkat Bantuan Kewangan Untuk UNRWA - PM

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 1:21PM

Perdana Menteri ketika berbual di telefon bersama Presiden Sisi semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal meningkatkan bantuan kewangan kepada Agensi Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan tindakan beberapa negara besar menghentikan sumbangan buat agensi tersebut.

Menurut beliau, kesediaan Malaysia itu dinyatakan menerusi perbualan telefon bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi lewat petang semalam.

“Dalam perbualan telefon itu, saya zahirkan ucapan tahniah atas kemenangannya dalam pilihan raya Mesir.

“Saya turut sampaikan penghargaan buat Presiden Sisi dan Kerajaan Mesir atas peranan penting mereka membantu mempermudahkan urusan penghantaran 100 tan bantuan kemanusiaan bernilai AS$1.2 juta (RM5.73 juta) dari Malaysia kepada warga Palestin di Gaza,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, kesediaan Malaysia membantu UNRWA sedikit sebanyak didorong oleh sokongan berterusan kerajaan Mesir ke atas Malaysia.

“Kami berdua senada dalam menzahirkan komitmen berterusan membantu saudara kita di Palestin.

“Selain bantuan tahunan, Malaysia baru-baru ini telah menyumbang tambahan AS$2.1 juta (RM10 juta) kepada UNRWA, selain AS$250,000 (RM1.19 juta) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir dan AS$500,000 (RM2.38 juta) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin,” katanya.

Anwar menarik perhatian, beberapa Ahli Parlimen Malaysia daripada blok kerajaan dan pembangkang ketika ini sedang dalam perjalanan ke Rafah bagi menyatakan sokongan buat Mesir.

Pemergian mereka ke sana jelasnya, turut bertujua. membantu urusan penghantaran bantuan kemanusiaan dari  Malaysia ke Gaza.

“Alhamdulillah, Presiden Sisi dan Kerajaan Mesir membantu urusan wakil kita dan semua Ahli Parlimen Malaysia telah diberi kebenaran untuk mengunjungi sempadan Rafah.

“Di akhir perbualan, kami berdua zahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Mesir bukan saja terkait isu Palestin, bahkan merangkumi soal perdagangan dan ekonomi untuk membawa persahabatan ini ke tingkat lebih tinggi,” katanya.

Perdana Menteri memberitahu, beliau juga menjemput Sisi untuk mengadakan lawatan ke Malaysia.

“Saya juga jemput Presiden Sisi untuk berkunjung ke Malaysia,” katanya. - Getaran, 23 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 23 minit yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula