web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azlan Shah Gigih Latih Bakat Muda Permotoran

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 2:32PM

Azlan Shah Kamaruzaman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memulakan aksi profesional secara kompetitif seawal usia 18 tahun, nama Azlan Shah Kamaruzaman sering menjadi bualan pencinta sukan permotoran, apabila tersenarai antara pelumba Malaysia yang berjaya ke Kejuaraan Dunia.

Pelumba berusia 36 tahun yang berasal daripada Selangor ini, sememangnya sudah jatuh cinta dengan aktiviti bermotosikal sejak kecil lagi.

Mula menempah nama dalam perlumbaan sukan permotoran dari dunia Cub Prix, kariernya semakin berkembang ke peringkat Asia dan dunia.

Menceritakan pengalamannya ketika membuat penampilan sulung dalam Moto2 pada tahun 2013, Azlan berkata ia bermula apabila beliau diberi kepercayaan untuk bersaing dalam Moto2 bersama pasukan Honda Team Asia dan kejuaraan Asia Road Racing (ARRC) SuperSports 600cc.

Menurutnya, dia kemudian menggantikan Yuki Takahashi di perlumbaan Grand Prix San Marino dan berjaya menamatkan cabaran di tempat ke-23.

“Itu antara kejayaan yang pernah dilakar pelumba negara sebelum ini,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Azlan Shah Kamaruzaman
Azlan Shah Kamaruzaman

Tidak mahu terhenti setakat itu, juara Asia ini juga merealisasikan impiannya menubuhkan akademi perlumbaan sendiri iaitu AS25 Road Racing Academy di Kota Damansara, yang kini sudah dua bulan ditubuhkan.

“Alhamdulillah sepanjang lebih kurang 20 tahun berkecimpung dalam area sukan permotoran, saya mahu melatih bakat anak muda secara lebih mendalam.

“Saya juga melihat ramai bakat baharu yang boleh dilatih untuk beraksi di litar, namun mereka ini perlu diajar teknik yang betul, agar secara tidak langsung dapat melahirkan bakat muda dan mampu mengharumkan nama negara,” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, dia sudah lama berhasrat untuk melancarkan akademi tersebut, namun berdepan kekangan apabila pandemik COVID-19 melanda seluruh negara, yang  menyukarkan beliau untuk meneruskan perancangan dibuat.

“Sejak tahun 2019 lagi saya bercadang untuk membuka akademi, tetapi ia sukar dilaksanakan kerana penghujung tahun 2019, kita telah mula berhadapan dengan virus COVID-19

“Buat masa ini, saya akan bekerja rapat dengan semua pihak. Kami juga sedang membina laman sesawang, tengah menyusun (perancangan). Akademi ini bukan hanya untuk (mengetahui selok belok) berlumba tetapi juga mengenai keselamatan ketika menunggang,” katanya.

Azlan Shah Kamaruzaman menganjurkan klinik Cub Prix di Tangkak.
Azlan Shah Kamaruzaman menganjurkan klinik Cub Prix di Tangkak.

Azlan Shah memberitahu, sekiranya tidak ada (kelas) untuk perlumbaan, mereka akan mencari projek dengan syarikat besar untuk memenuhi tugasan (berhubung keselamatan tunggangan).

Beliau menarik perhatian, akademi berkenaan disasarkan untuk menghimpunkan lebih ramai penunggang dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kami amat mengalu-alukan mana-mana anak muda yang ingin menyertai akademi AS25 ‘Road Racing Akademy’ dan anda boleh terus email kepada saya di azlan.shah25@hotmail.com untuk pertanyaan lanjut.

“Antara fokus utama penubuhan akademi ini adalah menyediakan peluang kepada penunggang motosikal tidak kira umur dan tahap skil untuk membina kemahiran menunggang dalam satu persekitaran selamat dan menyeronokkan. Akademi ini juga ingin membantu peserta mencapai potensi diri menerusi program latihan yang bakal dilaksanakan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Azlan yang turut terkesan dengan ketiadaan perlumbaan sukan permotoran sejak tahun 2020 berkata, beliau terpaksa melakukan pelbagai kerja bagi menampung ekonomi keluarga.

Dikenali dengan julukan 'The Pirate', Azlan  berkata, sejak tahun 2020, beliau telah diberikan tugasan selaku pengulas Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

“Saya tidak pernah menjadi pengulas sukan sebelum ini, tetapi saya akan cuba terangkan sebaik mungkin sebab saya lebih tahu mengenai motosikal.

“Justeru, saya akan cuba terangkan mengenai teknikal motosikal, pelarasan, gaya tunggangan, bagaimana dan apakah sebab seseorang pelumba itu melakukan kesilapan, saya akan terangkan kepada penonton,” kata penyandang juara kelas ASB1000cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) itu. - Getaran, 3 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Jelajah 11 bulan yang lalu

JDT Racing Team Pertaruh Hafizh Syahrin Dalam Kemunculan Sulung Sukan Permotoran

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Damok Buru Kedudukan Terbaik Setiap Perlumbaan Moto3

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Impian Jadi Realiti, Muhammad Soleh Teruja Timba Pengalaman Di Sepanyol

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Soleh Berkelana Sertai Akademi Malaga City FC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara